28 Disember 2009

Lelaki nie..

Telefon adik ipar berbunyi...tapi, tak angkat...bunyi lagi...tak angkat juga..

"Kita malas lah nak layan...tak suka lah lelaki macam tue"
"Dia kata kita tak matang.."
"Banyak soal, tiap-tiap hari nak call"

Kita pun tanya.."dah jadi girlfriend..takkan nak biar je macam tue..."

"takpelah..girlfriend je..bukan ada apa-apa ikatan"

kita senyum je...

"Lelaki nie, berubah-ubah..banyak peringkat mereka akan berubah"
"Tinggal lagi, kita boleh nak terima dengan tak dengan perubahan mereka"

Dr.Fadzillah Kamsah sendiri cakap dalam rancangan beliau..lelaki ada 4 masa mereka berubah..
1.Di tempat kerja
2.Luar tempat kerja
3.Sebelum kahwin
4.Selepas kahwin

Pada kita, lelaki berubah sebelum bercinta, semasa bercinta, dan selepas berkahwin...

Sebelum bercinta
Masa nak tackle..confirm la macam-macam mereka cuba tunaikan...semata-mata nak amik hati kita...tak terlalu masuk campur dalam urusan kita..sebab dia tak kita rasa, dia nie macam melebih-lebih pulak..bila kita kata..kita tak suka lelaki yang kongkong..confirm lelaki tue jawab, dia tak macam tue..dia tak kesah,asalkan perempuan tue tahu sendiri batasannya bila dah jadi girlfriend dia..
lelaki akan jarang call sebab, dia saja nak buat kita macam rindu nak dengar suara dia..mungkin, tak nak terlalu nampak desperate..

Semasa bercinta
Yang tak best
Masa yang nie, biasa nya dah start nak kongkong...nak pergi sana, nak kena cakap..nak pergi sini, nak kena bagitau..tapi, yang perempuan pun macam tue juga biasanya... :)
pakai macam nie, kena tegur..tak sesuai..nampak tak elok..kata-kata pun dah takde batas...cakap main lepas je...tak peduli dah kita nie, terasa ke tak terasa ke...

Yang best
Mungkin lebih amik berat..bila jumpa tue, rasa macam dah taknak berpisah...kalau couple yang berpegang tangan..pun macam tak nak lepas je...kalau boleh nak garuk kepala pun sambil pegang tangan juga...bawa kereta pun macam tue juga...kalau bergayut kat telefon...sampai 4 pagi pun jadi...bila jumpa, tak habis-habis cerita yang nak kongsi...

Selepas kahwin
Dah takde lah perasaan macam sebelum kahwin...pegang tangan pun jarang...cakap dalam telefon pun...macam takde benda je nak cakap...setakat dah sampai ofis ke belum..dah makan ke belum...lepas tue.."okie,bye"
nak pergi berjalan...lagi la susah...setakat keluar beli barang dapur...selain nya, lebih banyak habis masa di rumah...

Biasa nya, bukan semua lelaki macam nie...ada juga perempuan yang macam nie...semuanya, ada perangai dan identiti masing-masing...
bila pasangan tue berubah, kita boleh terima...teruskan...

tapi, bila dah tak boleh terima...tue yang jadi pergaduhan...kalau boleh bertahan...memang akan diteruskan...kalau tak...
bermulalah episod balik mencari pasangan lain..berkenalan...bercinta...kalau sesuai...diteruskan..
bila tak sesuai...ulang balik langkah di atas...

Allah swt bukan sengaja nak ditemukan kita dengan orang yang salah...cuma mungkin, dengan kenangan tue..kita akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan... :)

27 Disember 2009

Hujung Minggu

Hujung minggu nie, akhirnya..dapat juga pulang ke kampung bersama mr.casio.. :)

dah 2 minggu sebelum nie asyik balik sorang je...tapi, kami ada macam - macam agenda perlu dilaksanakan...dan ada juga yang tak termakbul... :(

hari jumaat sampai...terus ke rumah mertua..lepak kejap...makan tengahari...dan pulang ke rumah Batu Berendam...hajat di hati ingin berjumpa dengan ayahanda...tapi, dah malam baru dapat jumpa kejap...kerana ayahanda menemankan makcikku ke office...

petang tue, kakak ku yang kedua dan mempunyai anak lelaki yang sungguh comel pulang juga...agenda kami, ialah pergi melawat kubur mak...bersihkan kawasan kubur....dan pulang...
malam pulak, berjalan ke Jaya Jusco... :) macam biasa, kalau balik Melaka..tak jejak kaki ke Jaya Jusco memang la tak sah...hehehe....

malam tue, tidur rumah mertua...al-maklum..suami ku itu sudah lama tidak pulang ke kampung...tue pun kejap je lepak...sebab, sok pagi tue kami perlu ke Johor...untuk menghadirkan diri ke beberapa majlis perkahwinan...

Sabtu, 11pagi
Ada 1 majlis perkahwinan di kawasan kampung Mr.casio..makan-makan sikit..sebab nak tunggu ke majlis kahwin lagi satu...agak jauh...majlis nie, belah rumah lelaki...memang sempoi gila...ada 2 pasang pengantin..yang pengantin perempuan pakai baju cantik-cantik..amik-amik gambar...tapi, yang lelaki..pakai baju melayu biasa dan bersongkok...tapi, menyambut tetamu..memang sempoi gila...kami pun meneruskan perjalanan untuk ke majlis perkahwinan lagi satu di Muar.

Sabtu, 2petang
Sampai lah di Muar...sedara belah mr.casio..kami sampai tue, pengantin lelaki pun belum berarak lagi...tapi, agak lain dari yang lain...sebab ada tarian kuda kepang dan barongan...serius, barongan tue agak menakutkan...kami lepak lama di situ sebab sibuk nak tengok tarian kuda kepang...dan, bila dah jumpa sedara...mestilah di perkenalkan sebagai menantu oleh mak mr.casio...maluuu...dan kena berlakon sopan...hahahah...tapi kan, berbalik kepada tarian tadi...kita rasa, barongan tue tak sepatutnya ada...sebab agak menakutkan pada kanak-kanak...

Sabtu, 4petang
Sampailah di Batu Pahat..majlis perkahwinan Nad (a bride to be stories)...akhirnya, jumpa lah juga nad...serius dia lawa dan nampak lain dari gambar yang biasa-biasa itu...dan, orangnya sangatlah lemah lembut bila berkata-kata...sampai kita sendiri jadi segan nak bercakap dengan dia...sempat juga amik gambar bersama pengantin...tapi, dengan nad punya photografer..kita takde amik gambar pakai hp kita pun...sorry ye.... :)

Sebelum tue, minggu sebelum nie...kita ada pergi orang kahwin myrule dimana dia rupanya, sedara jauh dengan mr.casio...pun tak dapat amik gambar....sedih sungguh...dia sangat cantik dan sangat lain rupanya setelah di makeup...

pergi wedding bloggers tapi, tak dapat amik gambar...sorry sangat... :)

tahniah kepada yang telah menyempurnakan majlis mereka....sangat gembira tengok orang berkahwin...rasa bahagia je...

25 Disember 2009

Tak Mahal....RM70 je

nie outdoor kami yang kedua...di depan rumah sahaja...Taman Tasik Permaisuri...

disebabkan itu, ingat promote photografer ini, merangkap adik ku sendiri...

murah RM70...cuba klik sini untuk tahu dengan lebih lanjut..akukopi







bila tengok gambar yang nie,..betapa diri ku ini sangat sayang pada mr.casio

24 Disember 2009

Macam kena sound..tapi,...

selama 2 bulan kawin nie...confirm la kena sound ngan mr.casio kan...?

dan kita sangat lah degil orang nya...bagaimana mahu dengar cakap suami nie...aduyai...
tapi, tue lah janji kita pada mr.casio sebelum kahwin...dengar cakap suami selagi benda tue tak melanggar perintahNya.

pertama kali selepas menjadi isteri ialah...

mrs. kiree : hey, camtue je ke awak letak barang?

mr.casio : opss..sorry...

mrs. kiree : okie..

mr.casio : hey je ye panggil saya..sedap bahasa...

terus melompat ke mr.casio dan meminta maaf....gila-gila punya minta maaf...mr.casio boleh gelak je...dia kata, saya tak marah..cume tegur je.. :) suami ku ini, sangat lah susah nak marah..tapi, kita sangat la suka mencabar kemarahan beliau...

kali kedua dan berapa kali juga sound benda yang sama...

mr.casio : awak ni, kalau keluar dengan kakak2 awak, bukan main melawa lagi...kalau dengan saya...make up pun takde...

mrs.kiree : awak marah ke...?

mr.casio : taklah...cakap je...

mrs. kiree : okie..lepas nie, saya make up ye... :)

kalau nak tahu, mr.casio dulu masa zaman bercinta...sangat tidak suka orang bermakeup2 nie..dan kita tak paham lah nape dah kawin...dia suruh pulak bermakeup...pelik-pelik...

tapi, bila pikir balik...minta hantaran make up..tapi tak pakai...memang la mr.casio ku itu angin semacam je bila tak pakai...heheheh...

yang nie, adalah yang baru pagi tadi kena...

kita dah terlambat bangun nak pergi kerja...sebaik lah tak berapa nak jem..al maklum, orang dah ramai yang start cuti...jalan agak lancar... :)

kononnya, pagi tue nak bangun nak gosok baju kurung...di sebabkan terlambat...carilah baju yang takyah gosok...tue pun, berpikir macam nak rak...apa lagi, tanyalah mr.casio...

mrs.kiree : yang, nak pakai baju apa nie...tak tahu lah...

mr.casio : pakai je la blazer ngan slack..

mrs. kiree : okie..

setelah cuba..macam rasa tak selesa...dan mula lah sesi bertanya lagi...

mrs.kiree : awak, nak pakai baju apa nie...

mr.casio : minggu nie, awak takde pakai baju kurung langsung kan..?

mrs. kiree : awak marah ke..? takde lah, saya nak pakai patutnya, nak gosok tapi dah terlambat.

mr.casio : taklah...tak marah...saya tanya je...

perasan tak berapa kali sebenarnya mr.casio tegur..tapi, kita buat macam dia okie je...
mungkin sebenarnya, dia tak kesah pun...tapi, kalau kita dengar...mesti dia seronok...dia rasa seperti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami... :)

kita sebagai isteri memang kena dengar cakap suami...walaupun, agak susah untuk melaksanakannya...dah jadi tanggungjawab kita...mungkin, bila kita dengar cakap suami...ada masa, dia pun boleh dengar pendapat kita... :)

23 Disember 2009

Busy

Saya agak busy berapa hari ini dengan kerja yang perlu di siapkan...

kerana akan bercuti pada 29th Dec - 3rd Jan.....

Jadi, tidak dapat berpikir dengan sempurna untuk membuat entry yang baru...

Kita jumpa masa tengah cuti ye... :)

21 Disember 2009

Hantaran Masa Wedding

Hari ini, kita nak cerita tentang hantaran yang tak seberapa ini... :)
ada hantaran yang takde dalam gambar nie...kita tunjuk mana yang ada je... :)
warna pink coklat, dari pihak perempuan...dan warna turqoise silver dari pihak lelaki.
dari pihak kita, hasil tangan sendiri...dari pihak lelaki, hasil tangan adik mr.casio.

jom tengok-tengok

pot-pouri, ada sembilan. bekas tue, beli kat COWBOY Melaka.

pot-pouri, ada 7 bekas. beli kat SEMUA HOUSE. RM1.00++/piece

make up-estee lauder, ada 6 barang rasanya.

kasut - clarks, serius susah gila nak cari kasut yang sesuai dengan size kaki yang agak kecil nie.. :)

kasut - aldo , sebenarnya dah beli yang lain.tapi, macam tak bape best nak buat hantaran..jadi, beli la yang nie..

handbag & purse - sacha & alain delon..purse,akak kata macam orang tua punya.. :(

cupcakes dari my side. khas di buat oleh kakak kita.

coklat from mr.casio. beli di hanifa.

coklat from me. beli di office. hehehe...

cincin utk mr.casio. beli di Kelantan secara rahsia.

buah - buahan

buah-buahan. masa tunang kena perli sebab bagi 2 jenis je. kali nie, macam2 jenis ku bagi.

17 Disember 2009

Blur

Sangat tiada idea untuk menulis....tolong la...nak tulis pasal apa nie...?

ada idea tak...?

tanya Mr.casio, dia suh tulis tentang maal hijrah...tapi, tak tau nak tulis sal apa...

sangat blur sekarang ini...berapa hari dah memikirkan perkara yang ingin di tulis...

rasa macam nak citer sal deko sal rumah...tapi, idea tak banyak..sebab umah sendiri pun..biasa-biasa je...

rasa macam nak citer memasak...tapi, masak benda yang biasa-biasa aja..takde masak hebat-hebat pun...

nak citer sal apa ye...?

waaa..sangat kekeringan idea... :(

11 Disember 2009

Gambar zaman bercinta

Sebenarnya, ada gambar lain yang nak kongsi...tapi,agak terhad kerana gambar bertudung tak banyak..gambar masa kami bercinta yang pertama kali...memang sangat banyak...tapi, disebabkan jadi seperti dalam entry lepas...gambar-gambar tue semua tiada lagi... :(

jadi, nie gambar dalam setahun kami bercinta untuk kali kedua sebelum berkahwin...

meh, tengok ramai-ramai.. :)

pengkalan balak

jalan-jalan di Kuala Lumpur

MBMB.tempat paling selalu lepak sambil makan-makan.

Padang Pahlawan..jalan-jalan seharian.

RNR Seremban.

Big Apple Seremban

Subang Parade. buka puasa.

Singapore

Secret Recipe

09 Disember 2009

Kalau dah jodoh...

Cinta pertama..tak mungkin ada yang lupa..itulah pertama kali korang bercinta...sesiapa pun, takkan lupa perkara pertama yang kita buat setelah kita tau baik dan buruk sesuatu perkara..

tapi, mr.casio..bukanlah cinta pertamaku...yang ke-berapa? biarlah ia menjadi rahsia..mungkin yang rapat dengan ku..boleh jawabkan soalan ini... :) tapi, yang paling tepat boleh jawab ialah arwah mak...tak pernah seorang pun yang kita kawan..mak tak tahu..baik dari segi nama hinggalah no.hp mereka..haaa...macam ramai je pernah ada...

kali pertama bercinta, mestilah zaman sekolah...cinta monyet...hehehe...dan, mamat tue datang masa wedding kami tapi di sebelah rumah en.casio...camne diorang boleh kenal..?sebenarnya, kita sendiri pun tak tahu..kawan atas kawan la kiranya...okie..cukuplah yang tue sorang je kita cerita... :)

macam mana kenal mr.casio...jap, nak ingat balik..hehehe...kawan baik dari tadika hinggalah sekarang masih baik yang kenalkan...dia message, kata nak kenalkan seseorang kat kita...kita pun okie je..lagipun masa tue tengah single mingle..dia yang start message dulu...kami pun bermessage la...asyik message je...tak pernah jumpa...tak pernah tengok muka pun...sebenarnya,takut juga..macam mana lah muka mamat nie kan..tapi, sebab kawan baik ku yang kenalkan..jadi, kita percayalah...tapi, masa tue ada friendster..jadi, kami kongsi gambar melalui situ je..kita ingat lagi message mr.casio.. "oo..rupanya, kau nie gadis tak bertudung"...hahahah...sampai sekarang mr.casio masih lagi panggil perempuan dengan nama gadis..kelakar betul...

kami decide untuk jumpa masa bulan puasa..kebetulan sama-sama cuti balik kampung...tapi, kami jumpa di KL..kononnya, nak cari baju raya untuk adik ku sekali...kali pertama jumpa, bersama adik kesayangan ku...jumpa di Puduraya, sebab naik bas from Melaka..masa jumpa tue...adik terus cakap...,"ishk..,tak ensem nya"..dalam hati ku, selekehnya la mamat nie...

kami jalan di Mid Valley..carikan baju raya untuk adik...dah nak buka puasa...kami buka di oasis..dah beli makan..azan pun berkumandang...mr.casio bacalah doa buka puasa..adik aku, dah belasah makan dulu dah...sabar je lah budak nie...dan, nak tahu tak..dah lama kami kenal..baru kita tahu, rupanya..mr.casio salah baca doa buka puasa..dia baca doa terang hati...apa maksudnya di sini...?kita hayal mendengar suaranya, atau keadaan sangat bising...?sebenarnya, suara mr.casio sangatlah perlahan...kiranya, soft spoken la...lembut sangat berkata-kata...kadang-kadang tak dengar langsung apa benda yang dia cakap...dan kita nie, ada keturunan pekak...jadi, kejap-kejap.."haa..apa?tak dengar?".."haa..apa dia?"..sampai malas nak mengulang...tapi, ramai kata...suara kita pun perlahan juga...hehehehe...

beberapa bulan lepas kami berkawan, kami pun bercinta la...kalau ikut, kami dah 4 tahun bercinta..tapi....,

lepas 8 bulan kami berkawan...berpisah...siapa yang salah dalam hal nie..? kita la...kami jauh masa tue, sorang di UUM Kedah, sorang lagi di UiTM Shah Alam..masing-masing ada aktiviti bersama-sama rakan-rakan...tapi, kita memang menyesal dengan apa yang berlaku...tak sangka perkara begini boleh jadi macam nie..bak kata mr.casio..benda nie yang kita nak... :(..minta maaf sayang...terima kasih sebab terima saya kembali...

2 tahun berlalu, masing-masing dah habis belajar...Mr.casio dah kerja kat Melaka...kebetulan, kita praktikal di Yayasan Melaka...entah macam mana, masa hari raya...mr.casio call rumah...sejak tue, kami berkawan kembali..

tak lama tue, kami jatuh cinta untuk kali-2 , ataupun masih lagi yang pertama kali... :)

Siapa Make up Pn.Kiree ?

salam..

macam apa je tajuk kan..?

walaupun tiada siapa yang tanya siapa make up kan saya...tapi, tetap nak kongsi juga...kak ina, nama yang make up kan kita nie...kakak sepupu kepada kawan baik kita, ayu (zerovendetta)..akak nie memang peramah dan baik hati orang nya...dia tolong bawakan aksesori yang cantik-cantik untuk wedding kita, sebab aksesori yang mak andam bagi tue..tak besh..dia bawa kan kasut mengikut size kita..tapi, tak sesuai pulak warna nya..jadi, tak pakai lah..dia pergi tolong belikan contact lense...terima kasih kak..jasa mu di kenang... :) mula - mula, tengok macam terlalu tebal pulak makeup nie...tapi, bila dah lama sikit..nampak macam sebati je dengan kulit kita...my sis memang suka gila akak nie makeup kan... :)

meh tengok muka kita selepas di make up kan...


nak pergi bertandang




sesi bergambar di bilik tidur

nie bukan senyum tapi ketawa

nie yang kata nampak macam tebal

pada sesiapa yang ingin akak nie make up kan...boleh lah call 017-3118628..nak minta package pun boleh juga kat akak nie..peramah orangnya, orang melaka la katakan... :) sebelum tue, gambar nie takde edit-edit..memang terus dari cd yang photografer bagi..

06 Disember 2009

Senarai persediaan kahwin

Sebelum nie, update tentang pertunangan..kali ini, persediaan perkahwinan pulak..

perkara pertama perlu pikir
tarikh majlis dan tema untuk majlis anda..

nak duduk mana..?
sewa atau beli rumah...?ada yang sewa dulu...ada juga yang dah beli siap-siap...terpulanglah pada individu...kalau kita, sewalah dulu rumah...bila dah betul-betul mampu...barulah pikir untuk beli rumah..dan carilah yang selesa dan menepati citarasa anda sekeluarga..macam kami, kami sewa dari ayah sendiri..patutnya, rumah tue, ayah nak duduk lepas bersara bersama arwah mak tercinta..tapi, tak kesampaian..jadi, kamilah yang duduk di rumah nie...alhamdulillah, sikit-sikit barang kami beli dan rasanya, dah cukup..


pandangan dari rumah kami.

rumah atau dewan..?

ada yang kata, dewan lagi jimat dari buat majlis di rumah...tapi, tak pasti pulak bagaimana jimatnya..sebab, kita buat di rumah...ayah kata, kalau buat di dewan..takde rasa macam ada buat majlis kahwin.. :) kalau kita buat di dewan..kita buat majlis tue sekali je la..combine majlis..kalau macam tue, memang jimat...macam kita, kita pilih majlis di rumah..tiada kos.. :)

macam biasa,kena tol.


nikah - rumah atau masjid..?
nie pun nak kena pikir juga..kalau di rumah, lain persediaannya..di masjid lain pulak.. :) kena pikir juga, nak buat sehari atau dua hari yang berlainan..pada saya, kalau hari yang sama..lebih menjimatkan... :) bila buat hari yang berlainan..nak kena jamu makan tetamu makan, 2 kali...photografer pun, bertambah juga..hurmm..memang banyak la habis duit kat situ...
nikah di masjid lebih senang dari nikah di rumah...kalau di rumah, biasa nya, sekarang nie, orang buat pelamin nikah..ada 2 pulak pelamin..satu pelamin je kos nya dah RM600 - RM700...kalau 2, hurmmm..dah dapat harga untuk kos mak andam..


masjid di kawasan rumah.jalan kaki je.pengantin tetap naik kereta.


Bilangan hantaran
Bagi hantaran lagi...ada yang dah tak bagi...sekali je masa tunang..tapi,kami decide untuk bagi lagi..yang nie, memang tak boleh buat apa la..kalau citarasa tinggi...mahal la barang-barang hantaran nya...kalau tak...okie2 je la kan...tapi, sebab kali nie je boleh pau Mr.Casio barang-barang best...ada la yang mahal sikit..hehehe..kami, tak beli sekali...sikit-sikit dulu beli.. :) tak terasa duit tue habis sekali...
Hantaran di beri oleh pihak perempuan :
- Sireh Junjung
- Pot Pouri
- Buah- buahan
- Sejadah
- Kasut
- Coklat
- Kemeja, Tie dan seluar
- Cincin
-Cupcakes
-Jam
-wallet dan belt

Hantaran di beri oleh pihak lelaki :
- Sireh junjung
- pot pouri
- buah-buahan
- duit hantaran
- barang kemas
- handbag
- make up
- coklat
- kasut


Mak andam
List kan semua mak andam yang anda survey.bandingkan harga.mana yang berpatutan.pergi kedai..tengok baju yang akan di pakai untuk bersanding dan bertandang nanti..test semua baju-baju yang berkenan..pastikan puas hati..kalau boleh test make up..test je..jangan tak test..kalau dalam gambar dah nampak tak lawa..cari je yang lain..jangan lupa, customer always right..if first time jumpa, dah kureng..terus reject..jangan teragak-agak lagi...nanti jadi macam kita..last, buat keputusan..jangan lupa, deposit untuk tetap tarikh.. :) pelamin pulak, tanya dia nak buat pelamin macam mana...and bagitau pulak macam mana yang kita nak...warna apa yang kita nak..semua bagitau...size kasut, pastikan dia catat..jangan jadi macam kita..minta size 4 dapat size 7..dah tak boleh buat apa.. :( bila dah deposit...rajin-rajin singgah kedai tue..tanya apa-apa yang patut..cek balik baju yang kita nak pakai nanti confirm ke takde orang guna juga..nanti, sampai masa, dia bagi baju lain pulak..menyesal nanti..haa.. lupa pulak, bila kita amik sesuatu pakej tue, tanya apa yang kita dapat masa wedding..minta dia tulis dan simpan kertas tue...risau dia lupa...seminggu sebelum wedding, ingatkan dia semua..

Photografer
Sama macam mak andam..list kan semua..kalau boleh jumpa mereka semua untuk tengok hasil kerja tangan mereka..kalau boleh carilah yang ramah..senang nak berkomunikasi masa nak ambil gambar.. :)bandingkan harga..if mahal, tapi berpatutan..gambar memang cantik..okie..takpe..sebab gambar tue memori yang kita akan kenang kembali bila dah tua... :) kita ambil dengan gambalawa.com..memang puas hati bekerjasama dengan beliau..kita ambil 4 event terus dengan orang yang sama..

Doorgift
nie pun kena list kan juga..apa yang rasa berpatutan untuk di beri pada tetamu..kalau nak yang lain dari yang lain..pikirlah supaya ia agak tidak membazir..macam kita, kita bagi minyak gamat..sebab, kita rasa orang takkan buang minyak tue..sebab sememangnya orang guna.. :) kalau nak bagi makanan, biarlah makanan yang tahan lama..kalau benda, biarlah ia benda yang agak berguna... :) lagi satu, kalau boleh biarlah barang yang nak bagi tue sama je..mungkin, dalam bekas yang berlainan..kadang-kadang, macam tak fair pulak kan..orang yang tolong bagi tue, bukan kenal kawan-kawan yang kita nak bagi..betul tak..?nanti, orang yang patut dapat, tak dapat pulak..lagipun, bila beli yang sama je..takde la membazir sangat.. :)


Baju nikah
Untuk nikah nie, pada saya..biarlah nampak yang agak sopan dan manis di pandang orang..boleh tengok kat majalah pengantin,kat internet..bila kita buat yang biasa je..mungkin, kurung moden, jubah labuh atau kebaya kita boleh guna balik nanti..jadi, boleh pakai balik..untuk hari raya ke, annual dinner ke, kenduri kahwin ke...takde la membazir sangat..macam kita, kita tempah RM100 sahaja untuk baju nikah..murah je kan..?ada yang sampai RM500 - RM1000..mahal betul...membazir sungguh..


Deko untuk hantaran
okie..tadi dah list kan hantaran yang nak di berikan..jadi, kena lah pikir barang-barang tue semua nak deko macam mana..nak letak dalam kotak plastik ke, dalam bakul ke, dalam dulang ke, atas polistrin ke..setiap satu barang, dah pikirkan dekonya..jadi, bila nak beli bahan-bahan untuk mendeko..dah senang..takyah la masa nak beli, baru la nak pikir nak buat macam mana.. :) yang nie, tak boleh la nak beli sikit-sikit..takut nanti, dah habis ke...tak jumpa dah ke..masalah pulak nanti..kita beli kat SEMUA HOUSE tingkat bawah sekali...agak murah juga la..dan, ada kita beli riben kat kedai area rumah..dan, harga nya lagi mahal dari harga riben kat SSF..hurmm..kurang 50sen pulak tue..sabor je lah..kalau sempat survey harga..lagi bagus.. :) jangan lupakan bunga pahar ye..untuk letak atas pelamin..biasanya, orang buat 50 kiri 50 kanan..kita punya, beli kat SSF RM1.20/pc


Bilik tidur
haa..yang nie, bila anda buat kat dewan..takde la buat bilik tidur..mungkin cuma hias biasa-biasa je..pakai cadar lawa-lawa tue je..ye la..nak menghadapi malam pertama bersama suami...waaa...hehhe...takut...kita dah lepas..pada brides to be..jaga-jaga...hehehe...okie..berbalik kepada bilik tidur..ada yang ambil package kat mak andam dengan bilik tidur..macam kita, kita tak ambil..kita hias sendiri dengan kawan kita fizah..kita buat langsir cantik-cantik macam tirai la konon..jadi, boleh guna kat rumah kami nanti...kawan kita hadiahkan lampu berdiri yang sangat cantik..bedsheet, kita beli masa promotion 70%-80%..yang nie, nak cari bedsheet..mesti beli masa promotion..kalau tidak, sangatlah mahal...

baring-baring di atas katil

Hiburan

Hiburan yang bagaimana ingin di beri kepada tetamu yang hadir...mulanya, kita nak sangat caklempong..tapi, tak kesampaian..agak mahal juga la..padamkan je lah niat suci murni tue..kita pakai DJ je lah..kalau anda rasa mampu nak pakai caklempong ke, ghazal ke..memang best..tapi, agak pembaziran sikit la..kalau buat kat dewan..mungkin agak berbaloi.. :)


Rebana atau kompang..?
haa, kebiasaannya sekarang nie, orang pakai kompang..tapi, kita pakai 2 2 sekali..rumah kita, kompang..rumah mr.casio, rebana...serius tak paham sepatah pun apa orang rebana tue menyanyi..yang kita paham..."ya Allah..ya Allah..." tue je..yang lain tue...memang tak dapat tangkap..sempat lagi ku nak pahamkan sambil berarak..hehehe...yang nie, kos nya dalam RM200 - RM300 jee...



Kad kahwin

yang nie, kita menasihatkan supaya tidak pakai yang mahal-mahal sangat...yang murah je dah la..kita punya kad tue 25sen..akhirnya, orang akan buang jugakan..sakit hati je kalau tengok kad kahwin kita bersepah-sepah kat lantai..kalau dapat orang macam kita, yang simpan kad kahwin..okie juga..hehehe.. :) agak membazir sebenarnya kalau pakai yang mahal-mahal nie..duit tue boleh guna ke arah benda lain...bila dah dapat kad kahwin..jangan lupa minta alamat dari rakan-rakan...dah minta, jangan lupa pos pulak.. :) kalau ada yang jenis macam akak saya yang jenis menjaga alam sekitar..takyah pakai kad kahwin..guna email je..sekarang nie, orang dah invite pakai facebook je.. lagi jimat... :) nak tau jalan, search kat google map aje...or guna GPS..


catering dan khemah
biasanya, persiapan untuk ini, mak ayah kita yang settlekan...sebab diorang yang lebih hebat mencari tukang masak yang hebat-hebat..macam kita, kita serah kepada ayah..dia lebih tahu..mr.casio pulak..masak sendiri..lagi jimat...sangat jimat...kos untuk masak sendiri dalam RM3000...okie..catering, nak tempah mesti la sama dengan bilangan kadkahwin..macam kita, kad 500 keping je..1kad untuk 2 orang..yang edar hanya 400 keping je..jadi dalam 800 tetamu...tapi tak semua akan hadir...ayah buat catering untuk 600 tetamu sahaja, termasuk lauk pengantin..khemah pulak, minta la yang mengikut tema anda..dan tak perlu khemah banyak-banyak sampai 7 ke 8...orang tak datang sekali ramai-ramai...kita hanya letak 3 khemah tetamu, 1 khemah pengantin..


Inai
inai nie, kita ada dengar buat henna tue dah jatuh hukum haram...jadi, kita takde lah buat...lagipun, nak upah orang buatkan sampai RM100..mahal sungguh...membazir...kita pakai macam biasa je...kakak-kakak yang pakaikan...tak berapa nak terang sangat...takpelah, asal tangan tue berwarna..heheh..kita pakai inai pokok...kebetulan mertua kakak, ada pokok inai..


rasanya, tue je kot..tak tau la kalau ada lagi...tolong tambah...bila dah list kan semua nie...buat la tentatif untuk majlis anda nanti...dari nak nikah, sampai lah selesai...bila dah siap...bagitau pada ahli keluarga yang in charge untuk majlis tue nanti...supaya tak jadi kelam kabut...bila nak potong kek, bila nak makan, bila nak bergambar, bila nak tepung tawar...pastikan semua mengikut keselesaan sendiri... :)


goodluck ye pada brides to be...jangan lupa amik kursus kahwin..amik awal-awal pun takpe..untuk seumur hidup.. :)

05 Disember 2009

Senarai Persediaan Tunang

Ingin mengimbau kembali persediaan tunang...

Pertunangan
Ada yang taknak bertunang, terus kahwin..ada yang bertunang dan nikah pada hari yang sama..semua mengikut kehendak masing-masing..macam kami, decide untuk bertunang dahulu pada 1st Feb 2009. Persediaan tue, ada la sikit-sikit...cubaan kurangkan penggunaan wang kerana bertunang adalah majlis yang sepatutnya tidak memerlukan banyak wang.. :)
serius... jangan habiskan duit dekat bertunang..sebab, bila masa tunang dah grand..confirm majlis kahwin..kenalah berlipat ganda grand nya..dan memerlukan lebih banyak wang...paling kurang pun RM2000 - Rm3000 je..ada yang tak sampai RM2000 pun..macam kita aritu, tak sampai pun Rm3000...

Hantaran
Senaraikan berapa hantaran yang nak di beri dan di terima..dan apa barang-barangnya...
untuk bertunang nie, tak perlulah habiskan duit sangat dengan membeli barang-barang mahal..membazir..kahwin nanti nak bagi lagi...tapi, ada juga yang bagi sekali je masa tunang...kebanyakan orang, bagi banyak barang makanan je masa tunang...macam kami aritu, 7 berbalas 9..barang yang di beri kebanyakan barang yang perlu digunakan untuk majlis nikah nanti...takde lah membazir sangatkan.. :)
Barang yang di beri oleh pihak perempuan :
- sireh junjung
- buah-buahan
- coklat
- songkok dan butang baju melayu
- tuala mandi
- set mandian
- kain nikah
- kemeja
- kek

Barang yang diberi oleh pihak lelaki
- sireh junjung
- coklat
- buah-buahan
- telekung
- set mandian
- kain nikah
- kek

Dah dapat list nie, belilah sikit-sikit..macam kami, bulan 12 kami dah start beli barang..

Catering dan khemah
Biasanya, ada yang masak sendiri sebab tak ramai tetamu kan..jangan lupa ye pikir nak masak untuk berapa orang...tunang biasanya tak ramai orang datang..1 khemah sudah mencukupi..dan masak untuk kurang dari 200 tetamu...dah kira okie...pernah mensearching di Mr.Google..terjumpa ada yang tunang buat di dewan...hebat betul...berapa banyak la duit nya habis...kalau kami, terus kahwin je la..senang...hehehe...

Mini pelamin
hurmm...Actually, benda nie agak mebazir la sebenarnya..tapi kita buat juga masa tunang aritu..al-maklum, rumah dan bilik agak kecil...kakak-kakak request buat mini pelamin, supaya tak semak di bilik..jadi, kita rasa mini pelamin tue..cuba buat sendiri je...takde lah membazir sangat..

Make up
Nie penting juga..mestilah nak nampak cantikkan..?tapi, kalau anda boleh jadi macam nad ( bride to be stories), memang hebat..dia makeup sendiri..dan tidak perlukan khidmat tukang makeup yang hebat-hebat...yet, u still look so beautiful... :)
tapi, sebab kita sangat tidak pandai bermakeup..memang memerlukan khidmat tukang makeup...

Doorgift
Yang nie, ada yang bagi...ada yang tak bagi...tapi, ini pun tak perlu beli banyak-banyak..macam kita, kita bagi dodol dan buat untuk 150 tetamu..tak ingat pulak habis ke tak..?rasanya, macam habis je.. :) al-maklum ,anak buahku..nasirah..sangat suka makan dodol...dodol nie ada dalam bekas-bekas kecil...jadi, untuk lawa sikit...letak la bunga sikit kat penutup bekas tue.. :)

Deko Hantaran
kalau anda rasa anda kreatif...buat je sendiri...tapi, kalau tak kreatif pun..buat je sendiri...Mr.Google ada..memang sangat menolong...tiru aja..tukar sikit-sikit... :)
kalau nak upah orang buatkan hantaran...mahal tue...biasanya, 1 hantaran = RM30..kalau 9 hantaran dah Rm270..itu mungkin yang biasa-biasa je..

Baju bertunang
kalau suka simpan baju kurung banyak-banyak..tempah..kalau tak suka, sewa je..dan, cuba pikirkan fesyen supaya baju itu boleh dipakai semula..dan, kalau tempah baju...tak perlu hantar di kedai mahal-mahal sangat...membazir juga...sangat membazir...kita tempah baju tunang hanya dengan harga Rm70..kain je,kain mahal sikit..hehehe.. :-P

Rasanya, itu sahaja yang penting..perlu ada untuk persediaan majlis pertunangan...
anda tidak perlukan kad jemputan...tidak perlukan deko-deko bilik...tak perlu bed sheet...jimat kan..?

if ada yang takde dalam list nie..minta maaf ye..boleh kongsi pendapat di ruang komen.. :)

04 Disember 2009

Tukar template

Perasan tak..?dah bape kali tukar template...akhirnya, yang lama nie juga menjadi idaman...hahahah...

sebab, rasa malas nak baca blog sendiri bila letak warna yang sangat menyerlah...

keputusannya, teruskan dengan yang lama...kerana itu yang buat hati ku sejuk... :)

Tempahan pertama - Homemade box

Saja nak tunjuk my first tempahan...

Auntie kita yang tempah untuk anak perempuan dia. 5 December 2009.

If ada rasa nak kita buatkan...boleh juga..takde masalah...tapi, kita amik upah la...


maximum, kita boleh buat 200 je...dan memerlukan 2 3 bulan untuk disiapkan...sebab buat sorang-sorang...


meh la cuci mata... :)


6 X 10 X 2







sebenarnya, Auntie kita nampak paper bag yang kita buat masa wedding tue...dia kata comel je..kita pun offer la..tapi,dia nak kotak..kita kata lah...boleh aja...


Dah siap masa Raya Haji aritu...dapatlah duit upah sikit...buat belanja sendiri... :)

01 Disember 2009

Unplanned Trip

Hari ahad lepas, kawan ofis iaitu kak zati telah melangsungkan perkahwinan.

Jadi, kami pun pergi ke Perak, exit Simpang Pulai...
Kat signboard tue, ada tulis ke Cameron Highlands juga...

Mr.Casio : awak, mc la besok..kita tidur Cameron Highlands. nak tak...?

muka aku dah tersengih dah...yae...nak gi Cameron Highlands...
untuk Mr.Casio..ini, adalah pertama kali dia menjejakkan kaki dia kat Cameron Highlands...

tapi, kitorang pergi la dulu kenduri kahwin tue...makan-makan...
dah makan, apa lagi...kami pun bergerak ke Cameron Highlands..hati dah berbunga je...walaupun, pagi before nak pergi tue...dah bermasam muka dengan mr.casio....

yang kelakarnya, dah la dua -dua pun tak tau jalan...tiba-tiba, nampak ke Gua Musang..betul ke salah nie...?tapi, kitorang memang ikut jalan yang betul...takpe lah..redah je lah...kalau, memang salah..jalan je la kat mana yang sampai...

tapi, tak lama tue..baru ada signboard kata..terus ke, Gua Musang..kanan ke Tanah Rata...

yae..betul....jalan memang cantik dari Simpang Pulai... :)

nie, gambar yang kami sempat amik..







mula - mula, abaikan muka yang tidak bermakeup itu...

nie kat kebun Teh, singgah minum jap...Mr.Casio tak larat dah..letih bawa kereta..okie..kami minum teh yang paling murah je (tak suka sangat minum teh)..RM6 untuk 2 orang..dan 2 butter cup cakes Rm3...

borak-borak kat cafe tue..sambil tengok pemandangan yang indah..memang sangat menyeronokkan...

tapi...tapi...tapi....

tiba - tiba Mr.casio batalkan plan kami untuk tidur di Cameron Highlands...sedih yang amat masa nie..ye lah...dia keje shift...susah sangat nak pergi jalan-jalan weekend..kecuali beli barang dapur...jadi, bila dapat jalan nie..macam sangat excited...

pujuk punya pujuk..merajuk lagi..buat muka tak puas hati...sampai macam nak nangis...tak berjaya juga...dan akhirnya, cafe tue je yang kami singgah...bila mr.casio ajak singgah pasar la..kebun bunga,kebun sayur, strawbery park...semua di tolak dengan nada yang merajuk dan jawapan yang sarcastic...

mr.casio janji nak bawa masa birthday nanti...tak lama je lagi...lagi sebulan lebih...kalau tak tunaikan...siaplah...heheheh.. :)

kami pun, turunlah ikut Tapah...jalan memang menakutkan...sangat menakutkan...kalau tau, kami turun juga ke Simpang Pulai tue..kononnya nak lagi dekat...

masuk highway, jammed...senyap..masing-masing taknak bercakap...merajuk...

tapi, tak sampai hati tengok mr.casio yang penat bawa kereta dan nampak mengantuk...jadi, cubalah buka cerita yang kononnya ingat boleh jadi perbualan sampailah ke rumah...

tapi, sangkaan ku meleset jua...tak payah la nak cerita kenapa kan...rahsia rumahtangga..hehehe..cuma, saya tidur dalam menangis...:(

p/s : Sedangkan lidah lagi tergigit..ini pula suami isteri...

28 November 2009

Kongsi perasaan - Raya Haji

First raya haji as a wife..tapi, sedih sebab tak dapat sambut dengan mr.casio...kerana dia perlu bertugas pada hari tersebut...

patutnya, tak nak balik kampung...but mr.casio tak sampai hati pulak nak biarkan diriku ini raya keseorangan di rumah...jadi, dia benarkan pulang bersama akak..tapi, sangat sedih...tak tau kenapa..malam sebelum gerak tue..call mr.casio sedih-sedih...hehehe...rasa poyo pulak...
dah suami ku itu kerja shift..jadi kenalah terima hakikat... :)

macam biasa,bila balik kampung nie..ada lah yang bertanya...dah ada isi ke..?penat betul nak menjawab....tapi, belum ada perasaan sampai tertekan la...baru sebulan lebih kawin kan...
bila jawab, belum ada lagi...takpelah muda lagi..macam biasa..senyum je lah..kadang-kadang jawab sambil bertanya..macam mana ya nak mengandung...?hehehe...mestilah tue rezeki kan..betul tak..?jadi, jangan la bertanya...bila dah ada...confirm akan ku sebarkan kepada masyarakat...hehehe...

hari ini, dah ada di rumah...hanya duduk di kampung sehingga hari sabtu...dan, pulang dengan menaiki bas dan lrt..waaa...serius lama gila dah tak naik bas...agak pening dan sakit badan..sampai je stesen lrt bandar tun razak..mr.casio dah tunggu...dari jauh dah senyum...waa..betapa lah aku rindu gila kat suami ku itu...hehehe...

ingatkan takde lagi perasaan rindu selepas berkahwin..sebab tiap-tiap hari dah mengadap dia..sangkaanku memang salah...hehehe... :)

26 November 2009

Masakan - Rendang pertama

Salam...

biasa kalau tengok blog orang lepas kawin...confirm update makanan buatan mereka sendiri..resepi mereka sendiri dan air tangan mereka sendiri...

blog nie..takde pulak eh...tak masak ke...?tak reti masak ke...?

bukan macam tue...malu nak letak gambar yang dah siap masak tue...ye la...tak reti nak letak lawa-lawa dalam mangkuk...hehehe...

tapi, kali ini...dengan rasminya saya...menunjukkan bakat yang terpendam..tapi, bukan pandai pun...hahaha..walaupun, hampir setiap hari masak untuk mr.casio...tapi,takde sekeping gambar pun sempat nak capture...

disebabkan ini pertama kali masak rendang daging cili padi...rasa macam nak kongsi pulak...hehehe...nak tau bahan-bahan...tak susah...boleh google je...macam-macam ada...hehehe...

inilah hasilnya...buatan saya sendiri...

kerisik, beli dah siap tue je...dulu, kalau mak masak rendang...kerisik buat sendiri tue...zaman kami kecik-kecik la..tapi, bila dah besar sikit...mak pun beli yang dah siap je...hehehe...tapi,masih sedap.. :)



masak untuk 2 orang..

pandangan jauh sikit

kalau ikut resepi umah melaka...tak pernah lagi masak rendang cili padi...biasa masak rendang merah tue je...disebabkan, dah biasa makan yang merah tue...tue yang macam nak buat rendang cili padi...

mesti, nak tau kan apa komen mr.casio kita...

sebelum tue, menahan lapar sehingga pukul 11malam..sebab nak tunggu mr.casio balik dan makan bersama...sementara tunggu, lapar makan buah mangga...bukan saya teringin..tapi mr.casio..hehehe...

perbualan nya seperti ini :

mr.casio : awak betul nak komen saya dari tulus hati yang ikhlas nie..

mrs. casio : ye la sayang...takpe..saya okie je sebab firstime pun try masak nie...

mr.casio : pedas. ada rasa..boleh makan..tapi macam tak cukup bahan..tak tau apa lah..

mrs casio : takkan la kot..saya ikut resepi tue..tak kan ada bahan tak letak..

mr.casio : kalau dengan rendang makcik kat bawah tue...dengan sebelah kiri..rendang awak lagi sedap..tapi, kalau sebelah kanan..rendang makcik tue lagi sedap dari awak...

mrs casio : awak bandingkan saya dengan rendang makcik kat bawah tue je...

tengok tue..nampak kan betapa jujur nya suami saya memberi pandangan...kan dah kata...kalau tak sedap..memang dia sound je..jadi, siapkan lah telinga dan hati...hehehee..

yang bakal berkahwin, jika bakal suami anda jujur seperti suami saya...janganlah berkecil hati...dia cuma nak kita lebih semangat masak sedap-sedap untuk dia... :)

23 November 2009

Kongsi Perasaan - Bengang

Pagi tadi, baca blog adik..akukopi

ayat yang paling aku suka

"kalau kau tak suka, janganlah buat kat orang lain. Dan satu cara supaya orang tue paham,ialah buat benda yang sama kepada orang itu juga kan?"

serius aku suka ayat ini...sebab aku mengalami nya...

aku memang bengang dengan keadaan ini...sangat menyampah...sangat menyakitkan hati aku...

apa perlu aku buat untuk orang yang sedemikian...??

kami punya la rapat...macam adik beradik..ke mana sahaja bersama...walaupun, beza umur agak jauh...tapi, kami rapat...banyak kongsi cerita, masalah, kenangan...apa-apa sahaja...

tapi, di sebabkan satu kejadian...yang aku sendiri pun tak tahu apa sebabnya...aku balik dari cuti kawin..langsung tak bertegur sapa dengan aku...pandang pun tak...email pun tak reply...

bila selisih...pandang tempat lain..bila aku senyum, dia jeling pulak...macam mana aku nak tegur kalau pandang muka aku pun dia taknak...
apa aku buat ialah...minta maaf melalui email dan YM...tapi, senyap juga...lebih 3 email aku rasa...tapi, dia buat bodoh je kat aku...dan aku dah macam orang terhegeh-hegeh pulak kat dia..

bila perasaan tue dah timbul...mula la aku jadi sakit hati....
tapi, aku cuba juga tanya orang lain, kot lah dia bagitau apa yang dia sakit hati sangat dengan aku nie...semua orang tak tahu...

lama kelamaan, apa yang dia buat..membuatkan aku rasa...sakit hati...sakit hati yang amat sangat...ye lah, dengan tak tahu apa-apa...tiba-tiba taknak bertegur pulak...

aku ingat dia pernah kata, dia tak suka orang buat macam tue kat dia...dia nak tahu apa yang menyebabkan orang tue jadi macam tue...tapi, cakap tak serupa bikin...kau sendiri buat benda yang sama kat orang...

benda macam nie yang buat aku rasa sangat menyampah...

jadi, macam ayat adik aku...aku pun tak tegur dia langsung...tak pandang dia...tak senyum pun...macam mana dia buat aku...macam tue juga aku buat kat dia...

mak aku pun pesan, kalau orang tue tak suka kawan dengan kita...bukan susah pun..kita pun takyah kawan dengan dia...tak rugi apa pun...

13 November 2009

Kehidupan sebagai Seorang Isteri

salam...

sedang menunggu suami pulang dari main futsal..tapi, mata sangat mengantuk...

perasaan ingin menulis kerana sudah lama tidak menulis...

asyik upload gambar je kan...

nak kongsi perasaan la...

kali pertama menangis untuk suami..di kala disarungkan cincin...mata memang takleh handle...dah bergenang je...masa tue, macam...susah nak gambarkan lah...yang pasti, perasaan sayang melampau tiba-tiba je masa tue...sayu sangat...terharu...

"awak, terima kasih kerana sudi terima saya sebagai isteri"

kali pertama juga hari tue...berimamkan suami sendiri...mula rasa macam nak ketawa pun ada..ye la..mana pernah kan...lepas baca doa...dalam hati.."pandai juga laki aku nie baca doa"..mana pernah dengar pun mr.casio aku tue baca doa..kecuali doa makan...tiba-tiba teringat pesanan mak..."nur, nak cari suami..cari lah suami yang pandai baca doa"..hehehe...termakbul juga lah pesanan mak tue... :)

kali pertama berhoneymoon...nak check in hotel...macam cuak gila...hhahah..padahal dah kahwin..dah lah tak reti nak check in...main belasah je la..sebab dah wat reservation...takde lah masalah sangat... :) tapi, memang kenangan yang takkan di lupakan...

kehidupan selepas cuti kahwin...memang amat mencabar...teramat mencabar...tapi, sangat berterima kasih kerana mr.casio memang sangat membantu dalam mengemas rumah...
bangun kul 5 pagi...tue lah yang paling mencabar...dan rasa tercabar bila nak pergi kerja..mr.casio tidur balik kerana kerja petang...rasa macam nak join tidur sama je...

tapi, apapun...perasaan tenang je sekarang nie..walaupun banyak perkara yang dah berubah dari duduk bujang...kena bangun pagi...nak buat minum pagi...balik kerja...siap nak masak untuk makan malam pulak...lepas makan...rehat kejap...gosok baju untuk pergi kerja...lagi satu cabaran..gosok kemeja lelaki...susah nye la....seluar pun susah juga...hehehe...dah gosok pun..mr.casio boleh kata..macam tak gosok je baju nie...sabor je lah...

masak pulak...nasi tak cukup...merajuk pulak...hehehe..kata nya, macam tak nak bagi dia makan..sabor je lah...suami ku itu, sangat lah kuat makan...dah makan pukul 8 mlm...pukul 11 ke 12 nak repeat lagi...mana lah tak merajuk nasi tak cukup...dan, bersiap lah untuk di komen...tak cukup garam ke...takde rasa ke...mr.casio tue sangat jujur...kalau tak sedap...memang dia kata tak sedap...

tapi, kalau sedap...ada ke patut dia tak bagi bini dia tambah...takut tak cukup lah tue...sabor je lah.. " daging nie, awak takleh makan banyak2..nanti gemuk"...sabor je lah...kat dalam pinggan tak abis lagi...dah tambah lauk...dan fevret mr.casio...sambal goreng...bila tanya nak masak apa...confirm jawab sambal...takde lah benda lain...

apa-apa pun...kehidupan berkahwin nie...memang indah...cuma, kita yang perlu jadikan ia indah selama-lamanya...insyaAllah...

10 November 2009

barang - barang ini saya bagi percuma ye...mekasih..


bekas plastik love - dah berpunya (eazy)

yang lain masih available.


jadi sila cepat jika mau..hehehe...


tolong serta kan alamat dan no.item yang anda mau...

ke email saya lil_kiree@yahoo.com

09 November 2009

Jika anda perlukan barang ini..

1. sepeket setengah



2. tak ingat berapa batang.tapi,kita guna sebatang je.

3. ada tinggal separuh rasa nya.

4. ada dua gulung camnie..

5. tak guna pun. tapi tak ingat berapa meter.

6. ada satu gulung tak guna.

7. guna sikit je.

8. ada 2 gulung lebih.

9. dah guna sikit.

10. ada 40 keping.

semua item nie.. warna purple..cuma item pertama je warna turqoise.

kalau ada sesiapa yang nak, bagitau ye..kita pos kan..

:)