28 Disember 2009

Lelaki nie..

Telefon adik ipar berbunyi...tapi, tak angkat...bunyi lagi...tak angkat juga..

"Kita malas lah nak layan...tak suka lah lelaki macam tue"
"Dia kata kita tak matang.."
"Banyak soal, tiap-tiap hari nak call"

Kita pun tanya.."dah jadi girlfriend..takkan nak biar je macam tue..."

"takpelah..girlfriend je..bukan ada apa-apa ikatan"

kita senyum je...

"Lelaki nie, berubah-ubah..banyak peringkat mereka akan berubah"
"Tinggal lagi, kita boleh nak terima dengan tak dengan perubahan mereka"

Dr.Fadzillah Kamsah sendiri cakap dalam rancangan beliau..lelaki ada 4 masa mereka berubah..
1.Di tempat kerja
2.Luar tempat kerja
3.Sebelum kahwin
4.Selepas kahwin

Pada kita, lelaki berubah sebelum bercinta, semasa bercinta, dan selepas berkahwin...

Sebelum bercinta
Masa nak tackle..confirm la macam-macam mereka cuba tunaikan...semata-mata nak amik hati kita...tak terlalu masuk campur dalam urusan kita..sebab dia tak kita rasa, dia nie macam melebih-lebih pulak..bila kita kata..kita tak suka lelaki yang kongkong..confirm lelaki tue jawab, dia tak macam tue..dia tak kesah,asalkan perempuan tue tahu sendiri batasannya bila dah jadi girlfriend dia..
lelaki akan jarang call sebab, dia saja nak buat kita macam rindu nak dengar suara dia..mungkin, tak nak terlalu nampak desperate..

Semasa bercinta
Yang tak best
Masa yang nie, biasa nya dah start nak kongkong...nak pergi sana, nak kena cakap..nak pergi sini, nak kena bagitau..tapi, yang perempuan pun macam tue juga biasanya... :)
pakai macam nie, kena tegur..tak sesuai..nampak tak elok..kata-kata pun dah takde batas...cakap main lepas je...tak peduli dah kita nie, terasa ke tak terasa ke...

Yang best
Mungkin lebih amik berat..bila jumpa tue, rasa macam dah taknak berpisah...kalau couple yang berpegang tangan..pun macam tak nak lepas je...kalau boleh nak garuk kepala pun sambil pegang tangan juga...bawa kereta pun macam tue juga...kalau bergayut kat telefon...sampai 4 pagi pun jadi...bila jumpa, tak habis-habis cerita yang nak kongsi...

Selepas kahwin
Dah takde lah perasaan macam sebelum kahwin...pegang tangan pun jarang...cakap dalam telefon pun...macam takde benda je nak cakap...setakat dah sampai ofis ke belum..dah makan ke belum...lepas tue.."okie,bye"
nak pergi berjalan...lagi la susah...setakat keluar beli barang dapur...selain nya, lebih banyak habis masa di rumah...

Biasa nya, bukan semua lelaki macam nie...ada juga perempuan yang macam nie...semuanya, ada perangai dan identiti masing-masing...
bila pasangan tue berubah, kita boleh terima...teruskan...

tapi, bila dah tak boleh terima...tue yang jadi pergaduhan...kalau boleh bertahan...memang akan diteruskan...kalau tak...
bermulalah episod balik mencari pasangan lain..berkenalan...bercinta...kalau sesuai...diteruskan..
bila tak sesuai...ulang balik langkah di atas...

Allah swt bukan sengaja nak ditemukan kita dengan orang yang salah...cuma mungkin, dengan kenangan tue..kita akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan... :)

5 ulasan:

sha berkata...

fuh2 takut jugak ni kan kiree. dah la kite nak kawin seumur hidup bukan sehari dua je ni kan.

hopefully si dia tak berubah la..

k|ree berkata...

fuchsia - doakan semuanya okie sehingga keakhir hayat..insyaAllah, tak berubah..kalau dia berubah pun..mungkin sebab ingin menjadi suami yang mithali...

ZERO VENDETTA berkata...

waa aku suka entry ko yg ini nad,serius bijak sungguh ko berkata-kata!

biasalah tu semua orang akan mengalami fasa yang sama ;)

cuma my advise,plz dont disclosed evrythg btwn both of u.tak elok la kan =P

Tanpa Nama berkata...

tul fuchsia.. takut kan..takut pe yg ade dpn mate ni jadi len pas kawen.. xmcm yg kite knal.. mase cinta sume manis je..

duh..

k|ree berkata...

zero - okie..thx... :)

faratul - hheehe..insyaAllah..jangan doakan camtue...hehe..