28 Disember 2009
Lelaki nie..
"Kita malas lah nak layan...tak suka lah lelaki macam tue"
"Dia kata kita tak matang.."
"Banyak soal, tiap-tiap hari nak call"
Kita pun tanya.."dah jadi girlfriend..takkan nak biar je macam tue..."
"takpelah..girlfriend je..bukan ada apa-apa ikatan"
kita senyum je...
"Lelaki nie, berubah-ubah..banyak peringkat mereka akan berubah"
"Tinggal lagi, kita boleh nak terima dengan tak dengan perubahan mereka"
Dr.Fadzillah Kamsah sendiri cakap dalam rancangan beliau..lelaki ada 4 masa mereka berubah..
1.Di tempat kerja
2.Luar tempat kerja
3.Sebelum kahwin
4.Selepas kahwin
Pada kita, lelaki berubah sebelum bercinta, semasa bercinta, dan selepas berkahwin...
Sebelum bercinta
Masa nak tackle..confirm la macam-macam mereka cuba tunaikan...semata-mata nak amik hati kita...tak terlalu masuk campur dalam urusan kita..sebab dia tak kita rasa, dia nie macam melebih-lebih pulak..bila kita kata..kita tak suka lelaki yang kongkong..confirm lelaki tue jawab, dia tak macam tue..dia tak kesah,asalkan perempuan tue tahu sendiri batasannya bila dah jadi girlfriend dia..
lelaki akan jarang call sebab, dia saja nak buat kita macam rindu nak dengar suara dia..mungkin, tak nak terlalu nampak desperate..
Semasa bercinta
Yang tak best
Masa yang nie, biasa nya dah start nak kongkong...nak pergi sana, nak kena cakap..nak pergi sini, nak kena bagitau..tapi, yang perempuan pun macam tue juga biasanya... :)
pakai macam nie, kena tegur..tak sesuai..nampak tak elok..kata-kata pun dah takde batas...cakap main lepas je...tak peduli dah kita nie, terasa ke tak terasa ke...
Yang best
Mungkin lebih amik berat..bila jumpa tue, rasa macam dah taknak berpisah...kalau couple yang berpegang tangan..pun macam tak nak lepas je...kalau boleh nak garuk kepala pun sambil pegang tangan juga...bawa kereta pun macam tue juga...kalau bergayut kat telefon...sampai 4 pagi pun jadi...bila jumpa, tak habis-habis cerita yang nak kongsi...
Selepas kahwin
Dah takde lah perasaan macam sebelum kahwin...pegang tangan pun jarang...cakap dalam telefon pun...macam takde benda je nak cakap...setakat dah sampai ofis ke belum..dah makan ke belum...lepas tue.."okie,bye"
nak pergi berjalan...lagi la susah...setakat keluar beli barang dapur...selain nya, lebih banyak habis masa di rumah...
Biasa nya, bukan semua lelaki macam nie...ada juga perempuan yang macam nie...semuanya, ada perangai dan identiti masing-masing...
bila pasangan tue berubah, kita boleh terima...teruskan...
tapi, bila dah tak boleh terima...tue yang jadi pergaduhan...kalau boleh bertahan...memang akan diteruskan...kalau tak...
bermulalah episod balik mencari pasangan lain..berkenalan...bercinta...kalau sesuai...diteruskan..
bila tak sesuai...ulang balik langkah di atas...
Allah swt bukan sengaja nak ditemukan kita dengan orang yang salah...cuma mungkin, dengan kenangan tue..kita akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan... :)
21 Disember 2009
Hantaran Masa Wedding
ada hantaran yang takde dalam gambar nie...kita tunjuk mana yang ada je... :)
warna pink coklat, dari pihak perempuan...dan warna turqoise silver dari pihak lelaki.
dari pihak kita, hasil tangan sendiri...dari pihak lelaki, hasil tangan adik mr.casio.
jom tengok-tengok
pot-pouri, ada sembilan. bekas tue, beli kat COWBOY Melaka.
pot-pouri, ada 7 bekas. beli kat SEMUA HOUSE. RM1.00++/piece
make up-estee lauder, ada 6 barang rasanya.
kasut - clarks, serius susah gila nak cari kasut yang sesuai dengan size kaki yang agak kecil nie.. :)
kasut - aldo , sebenarnya dah beli yang lain.tapi, macam tak bape best nak buat hantaran..jadi, beli la yang nie..
handbag & purse - sacha & alain delon..purse,akak kata macam orang tua punya.. :(
cupcakes dari my side. khas di buat oleh kakak kita.
coklat from mr.casio. beli di hanifa.
coklat from me. beli di office. hehehe...
cincin utk mr.casio. beli di Kelantan secara rahsia.
buah - buahan
buah-buahan. masa tunang kena perli sebab bagi 2 jenis je. kali nie, macam2 jenis ku bagi.
09 Disember 2009
Siapa Make up Pn.Kiree ?
macam apa je tajuk kan..?
walaupun tiada siapa yang tanya siapa make up kan saya...tapi, tetap nak kongsi juga...kak ina, nama yang make up kan kita nie...kakak sepupu kepada kawan baik kita, ayu (zerovendetta)..akak nie memang peramah dan baik hati orang nya...dia tolong bawakan aksesori yang cantik-cantik untuk wedding kita, sebab aksesori yang mak andam bagi tue..tak besh..dia bawa kan kasut mengikut size kita..tapi, tak sesuai pulak warna nya..jadi, tak pakai lah..dia pergi tolong belikan contact lense...terima kasih kak..jasa mu di kenang... :) mula - mula, tengok macam terlalu tebal pulak makeup nie...tapi, bila dah lama sikit..nampak macam sebati je dengan kulit kita...my sis memang suka gila akak nie makeup kan... :)
meh tengok muka kita selepas di make up kan...
nak pergi bertandang
sesi bergambar di bilik tidur
nie bukan senyum tapi ketawa
nie yang kata nampak macam tebal
pada sesiapa yang ingin akak nie make up kan...boleh lah call 017-3118628..nak minta package pun boleh juga kat akak nie..peramah orangnya, orang melaka la katakan... :) sebelum tue, gambar nie takde edit-edit..memang terus dari cd yang photografer bagi..
06 Disember 2009
Senarai persediaan kahwin
perkara pertama perlu pikir
sewa atau beli rumah...?ada yang sewa dulu...ada juga yang dah beli siap-siap...terpulanglah pada individu...kalau kita, sewalah dulu rumah...bila dah betul-betul mampu...barulah pikir untuk beli rumah..dan carilah yang selesa dan menepati citarasa anda sekeluarga..macam kami, kami sewa dari ayah sendiri..patutnya, rumah tue, ayah nak duduk lepas bersara bersama arwah mak tercinta..tapi, tak kesampaian..jadi, kamilah yang duduk di rumah nie...alhamdulillah, sikit-sikit barang kami beli dan rasanya, dah cukup..
pandangan dari rumah kami.
rumah atau dewan..?
ada yang kata, dewan lagi jimat dari buat majlis di rumah...tapi, tak pasti pulak bagaimana jimatnya..sebab, kita buat di rumah...ayah kata, kalau buat di dewan..takde rasa macam ada buat majlis kahwin.. :) kalau kita buat di dewan..kita buat majlis tue sekali je la..combine majlis..kalau macam tue, memang jimat...macam kita, kita pilih majlis di rumah..tiada kos.. :)
macam biasa,kena tol.
nikah - rumah atau masjid..?
nikah di masjid lebih senang dari nikah di rumah...kalau di rumah, biasa nya, sekarang nie, orang buat pelamin nikah..ada 2 pulak pelamin..satu pelamin je kos nya dah RM600 - RM700...kalau 2, hurmmm..dah dapat harga untuk kos mak andam..
masjid di kawasan rumah.jalan kaki je.pengantin tetap naik kereta.
Bilangan hantaran
Bagi hantaran lagi...ada yang dah tak bagi...sekali je masa tunang..tapi,kami decide untuk bagi lagi..yang nie, memang tak boleh buat apa la..kalau citarasa tinggi...mahal la barang-barang hantaran nya...kalau tak...okie2 je la kan...tapi, sebab kali nie je boleh pau Mr.Casio barang-barang best...ada la yang mahal sikit..hehehe..kami, tak beli sekali...sikit-sikit dulu beli.. :) tak terasa duit tue habis sekali...
- Sireh Junjung
- Pot Pouri
- Buah- buahan
- Kasut
- Kemeja, Tie dan seluar
-Cupcakes
-wallet dan belt
Hantaran di beri oleh pihak lelaki :
- pot pouri
- duit hantaran
- handbag
- coklat
Mak andam
List kan semua mak andam yang anda survey.bandingkan harga.mana yang berpatutan.pergi kedai..tengok baju yang akan di pakai untuk bersanding dan bertandang nanti..test semua baju-baju yang berkenan..pastikan puas hati..kalau boleh test make up..test je..jangan tak test..kalau dalam gambar dah nampak tak lawa..cari je yang lain..jangan lupa, customer always right..if first time jumpa, dah kureng..terus reject..jangan teragak-agak lagi...nanti jadi macam kita..last, buat keputusan..jangan lupa, deposit untuk tetap tarikh.. :) pelamin pulak, tanya dia nak buat pelamin macam mana...and bagitau pulak macam mana yang kita nak...warna apa yang kita nak..semua bagitau...size kasut, pastikan dia catat..jangan jadi macam kita..minta size 4 dapat size 7..dah tak boleh buat apa.. :( bila dah deposit...rajin-rajin singgah kedai tue..tanya apa-apa yang patut..cek balik baju yang kita nak pakai nanti confirm ke takde orang guna juga..nanti, sampai masa, dia bagi baju lain pulak..menyesal nanti..haa.. lupa pulak, bila kita amik sesuatu pakej tue, tanya apa yang kita dapat masa wedding..minta dia tulis dan simpan kertas tue...risau dia lupa...seminggu sebelum wedding, ingatkan dia semua..
Photografer
Sama macam mak andam..list kan semua..kalau boleh jumpa mereka semua untuk tengok hasil kerja tangan mereka..kalau boleh carilah yang ramah..senang nak berkomunikasi masa nak ambil gambar.. :)bandingkan harga..if mahal, tapi berpatutan..gambar memang cantik..okie..takpe..sebab gambar tue memori yang kita akan kenang kembali bila dah tua... :) kita ambil dengan gambalawa.com..memang puas hati bekerjasama dengan beliau..kita ambil 4 event terus dengan orang yang sama..
Doorgift
nie pun kena list kan juga..apa yang rasa berpatutan untuk di beri pada tetamu..kalau nak yang lain dari yang lain..pikirlah supaya ia agak tidak membazir..macam kita, kita bagi minyak gamat..sebab, kita rasa orang takkan buang minyak tue..sebab sememangnya orang guna.. :) kalau nak bagi makanan, biarlah makanan yang tahan lama..kalau benda, biarlah ia benda yang agak berguna... :) lagi satu, kalau boleh biarlah barang yang nak bagi tue sama je..mungkin, dalam bekas yang berlainan..kadang-kadang, macam tak fair pulak kan..orang yang tolong bagi tue, bukan kenal kawan-kawan yang kita nak bagi..betul tak..?nanti, orang yang patut dapat, tak dapat pulak..lagipun, bila beli yang sama je..takde la membazir sangat.. :)
Baju nikah
Deko untuk hantaran
Bilik tidur
baring-baring di atas katil
Hiburan
Hiburan yang bagaimana ingin di beri kepada tetamu yang hadir...mulanya, kita nak sangat caklempong..tapi, tak kesampaian..agak mahal juga la..padamkan je lah niat suci murni tue..kita pakai DJ je lah..kalau anda rasa mampu nak pakai caklempong ke, ghazal ke..memang best..tapi, agak pembaziran sikit la..kalau buat kat dewan..mungkin agak berbaloi.. :)
Rebana atau kompang..?
Kad kahwin
yang nie, kita menasihatkan supaya tidak pakai yang mahal-mahal sangat...yang murah je dah la..kita punya kad tue 25sen..akhirnya, orang akan buang jugakan..sakit hati je kalau tengok kad kahwin kita bersepah-sepah kat lantai..kalau dapat orang macam kita, yang simpan kad kahwin..okie juga..hehehe.. :) agak membazir sebenarnya kalau pakai yang mahal-mahal nie..duit tue boleh guna ke arah benda lain...bila dah dapat kad kahwin..jangan lupa minta alamat dari rakan-rakan...dah minta, jangan lupa pos pulak.. :) kalau ada yang jenis macam akak saya yang jenis menjaga alam sekitar..takyah pakai kad kahwin..guna email je..sekarang nie, orang dah invite pakai facebook je.. lagi jimat... :) nak tau jalan, search kat google map aje...or guna GPS..
catering dan khemah
biasanya, persiapan untuk ini, mak ayah kita yang settlekan...sebab diorang yang lebih hebat mencari tukang masak yang hebat-hebat..macam kita, kita serah kepada ayah..dia lebih tahu..mr.casio pulak..masak sendiri..lagi jimat...sangat jimat...kos untuk masak sendiri dalam RM3000...okie..catering, nak tempah mesti la sama dengan bilangan kadkahwin..macam kita, kad 500 keping je..1kad untuk 2 orang..yang edar hanya 400 keping je..jadi dalam 800 tetamu...tapi tak semua akan hadir...ayah buat catering untuk 600 tetamu sahaja, termasuk lauk pengantin..khemah pulak, minta la yang mengikut tema anda..dan tak perlu khemah banyak-banyak sampai 7 ke 8...orang tak datang sekali ramai-ramai...kita hanya letak 3 khemah tetamu, 1 khemah pengantin..
Inai
rasanya, tue je kot..tak tau la kalau ada lagi...tolong tambah...bila dah list kan semua nie...buat la tentatif untuk majlis anda nanti...dari nak nikah, sampai lah selesai...bila dah siap...bagitau pada ahli keluarga yang in charge untuk majlis tue nanti...supaya tak jadi kelam kabut...bila nak potong kek, bila nak makan, bila nak bergambar, bila nak tepung tawar...pastikan semua mengikut keselesaan sendiri... :)
goodluck ye pada brides to be...jangan lupa amik kursus kahwin..amik awal-awal pun takpe..untuk seumur hidup.. :)
06 November 2009
13 Oktober 2009 - outdoor
sok cuti...yae...
tapi, en.casio kerja...sabtu dan ahad... :(
untuk gembirakan hati ini, jom cuci mata dengan gambar outdoor kami..
Tempat : di sekitar bandar Melaka
Waktu : Petang
Tema : casual
05 November 2009
11 Oktober 2009 - tandang
disiapkan oleh kak ina makeup
01 November 2009
10 Okt 2009 - sanding
melalut plak...mari cuci mata..enjoyy...
bersama keluarga hubby
asyik gelak je amik gambar mata bertemu mata
keluargaku yang suka menyakat orang
keluarga arwah mak..
macam kan terror bergambar je..
mr.casio : awak pandang waja
kiree : waja mana plak nie..oo..saya dah nampak..okie..
ada ciri keibuan tak..?
30 Oktober 2009
10 Oktober 2009 - nikah
okie..
arini cuci mata lagi ngan gambar nikah dulu ye...sok,upload gambar sanding...dan seterusnya...
nie, rumah sebelah.kebetulan renovate rumah..
malu sangat amik gambar ini..
bagi mas kahwin..RM40 tunai...
tengok tue, kaki sudah kejang..
sangat suka ini gambar..