27 Disember 2009

Hujung Minggu

Hujung minggu nie, akhirnya..dapat juga pulang ke kampung bersama mr.casio.. :)

dah 2 minggu sebelum nie asyik balik sorang je...tapi, kami ada macam - macam agenda perlu dilaksanakan...dan ada juga yang tak termakbul... :(

hari jumaat sampai...terus ke rumah mertua..lepak kejap...makan tengahari...dan pulang ke rumah Batu Berendam...hajat di hati ingin berjumpa dengan ayahanda...tapi, dah malam baru dapat jumpa kejap...kerana ayahanda menemankan makcikku ke office...

petang tue, kakak ku yang kedua dan mempunyai anak lelaki yang sungguh comel pulang juga...agenda kami, ialah pergi melawat kubur mak...bersihkan kawasan kubur....dan pulang...
malam pulak, berjalan ke Jaya Jusco... :) macam biasa, kalau balik Melaka..tak jejak kaki ke Jaya Jusco memang la tak sah...hehehe....

malam tue, tidur rumah mertua...al-maklum..suami ku itu sudah lama tidak pulang ke kampung...tue pun kejap je lepak...sebab, sok pagi tue kami perlu ke Johor...untuk menghadirkan diri ke beberapa majlis perkahwinan...

Sabtu, 11pagi
Ada 1 majlis perkahwinan di kawasan kampung Mr.casio..makan-makan sikit..sebab nak tunggu ke majlis kahwin lagi satu...agak jauh...majlis nie, belah rumah lelaki...memang sempoi gila...ada 2 pasang pengantin..yang pengantin perempuan pakai baju cantik-cantik..amik-amik gambar...tapi, yang lelaki..pakai baju melayu biasa dan bersongkok...tapi, menyambut tetamu..memang sempoi gila...kami pun meneruskan perjalanan untuk ke majlis perkahwinan lagi satu di Muar.

Sabtu, 2petang
Sampai lah di Muar...sedara belah mr.casio..kami sampai tue, pengantin lelaki pun belum berarak lagi...tapi, agak lain dari yang lain...sebab ada tarian kuda kepang dan barongan...serius, barongan tue agak menakutkan...kami lepak lama di situ sebab sibuk nak tengok tarian kuda kepang...dan, bila dah jumpa sedara...mestilah di perkenalkan sebagai menantu oleh mak mr.casio...maluuu...dan kena berlakon sopan...hahahah...tapi kan, berbalik kepada tarian tadi...kita rasa, barongan tue tak sepatutnya ada...sebab agak menakutkan pada kanak-kanak...

Sabtu, 4petang
Sampailah di Batu Pahat..majlis perkahwinan Nad (a bride to be stories)...akhirnya, jumpa lah juga nad...serius dia lawa dan nampak lain dari gambar yang biasa-biasa itu...dan, orangnya sangatlah lemah lembut bila berkata-kata...sampai kita sendiri jadi segan nak bercakap dengan dia...sempat juga amik gambar bersama pengantin...tapi, dengan nad punya photografer..kita takde amik gambar pakai hp kita pun...sorry ye.... :)

Sebelum tue, minggu sebelum nie...kita ada pergi orang kahwin myrule dimana dia rupanya, sedara jauh dengan mr.casio...pun tak dapat amik gambar....sedih sungguh...dia sangat cantik dan sangat lain rupanya setelah di makeup...

pergi wedding bloggers tapi, tak dapat amik gambar...sorry sangat... :)

tahniah kepada yang telah menyempurnakan majlis mereka....sangat gembira tengok orang berkahwin...rasa bahagia je...

Tiada ulasan: