14 Jun 2009

Persiapan Kedua Belas - Belajar memasak

hahaha..macam pelik je entry kali ini.

percayalah, ini pun salah satu persiapan yang kita kena buat sebelum kahwin. kalau takde la persiapan ni, macam mana agaknya kita nak bahagiakan bakal suami kita. perut mereka perlu di jaga dan di isi. hehehe..

diri ku ini tak lah pandai sangat masak. yang senang-senang boleh la. hehehe..tapi, tengahari tadi, buat nasi goreng cili padi untuk en.casio. dapat pujian. sangat seronok. hehe..

sebenarnya, memang sangat tidak pandai masak dan tidak pernah masak, masa emak masih ada. betul-betul lepas mak meninggal dunia. dah nak puasa. jadi tanggungjawab untuk masak untuk ayah. walaupun tak bangun sahur masa hari first day. terjaga dah pukul 5.30pg. memang tak sempat. terus terkejar masuk dapur, nampak ayah buat 3 benda dalam satu masa. makan roti,minum air teh dan hisap rokok. bila teringat,memang kelakar. tapi masa keadaan tue, air mata nie. tak berhenti-henti keluar.

nak buka puasa, masak lah kan. ikan kembung masak kicap kononnya, tapi,tak tau la jadi apa. sebaik ayah beli lauk tambah. memang tak jadi langsung lauk tue. sedih sangat. ayah asyik cakap. first time pun dah kira okie la nie. :)

tue la kali pertama memasak.

selepas tue, memang setiap hari masak. cuti 3 bulan lepas habis belajar sebelum dapat offer kerja. memasak setiap hari. kadangkala, masak untuk en.casio masa tue masih status belum tunang. tiba-tiba teringat kami pernah pergi makan depan MBMB. seronok dan masa tue, lauk yang di masak. asyik kena komen aja. tak pernah nya sedap. sedih la kan. en.casio sangat berterus terang.

alhamdulillah,sekarang nie. boleh la nak masak yang mudah-mudah. yang paling senang nak masak untuk pertama kali. masak kicap dan masak sambal. antara yang paling senang lah. jadi, boleh mula belajar dengan masak yang tue. hehehe..:)

2 ulasan:

zero_vendetta berkata...

Haa nad..
Ini element paling penting kalau nak kahwin tau!Pastikan ko kena training/asah lg skill yg ada before 10.10.09 eh..Gud luck!

k|ree berkata...

hehehe...tue la pasal..
asyik kena komen tak sedap je bila masak..hehehe..