Bila buka je page nie. cuba tengok counting days tue. rasa cam nak gugur jantung nie jap.pastu,naik balik. Ya Allah, ada 3 bulan lebih lagi nak menikah dah aku nie. sudah bersedia ke aku nie? haishh..boleh pulak tanya soalan cmtu. ye la. risau tahap gaban la nie.
perasaan terpikir, rasa-rasa boleh settle sebelum puasa tak semua nie. kononnya,nak berehat la masa bulan puasa nanti. takde la penat sangat kan..?
tapi, mari kita tengok apa yang tak settle lagi.
1) segala mengenai urusan dan dokumen nak kawin, hanya kursus kahwin je dah settle.
2) baju nikah kami - dah hantar tempah. mungkin dalam awal bulan 8 baru gi amik.
3) cadar untuk katil 2 2 rumah - dah settle.tinggal nak sarung kat katil je.
4) langsir untuk 2 2 rumah - dah settle.dah beli.dah hantar tempah.
5) pelamin,mak andam,baju bersanding untuk 2 2 rumah - belum lagi jumpa mak andam untuk sesi memilih.
6) catering dan khemah - rasanya, masih belum settle, sebab orang tua kami yang settlekan.
7) pa system dan cak lempong - urmm kurang pasti, sebab family juga yang uruskan.
8) tempat nikah - dah confirm,masjid kat hujung taman je. jalan kaki je.
9) door gift - belah perempuan - tengah bertungkus lumus siapkan paper bag. belah lelaki, masih berfikir nak beli apa.
10) barang-barang hantaran - ada yang dah beli, ada yang masih belum beli.
11) kek - masih belum tempah lagi. nak kek yang dalam gambar entry sebelum nie.
12) kad kahwin - baru sahaja di settle kan semalam.
13) deko-deko untuk barang hantaran - masih belum beli apa-apa lagi.
14) photografer - sudah selesai. harap en.apis boleh amik gamba lawa-lawa.
15) bunga pahar- tak settle lagi
16) honeymoon - tak settle lagi
17) rebana/kompang - tak settle lagi
18) bilik tidur- tak settle lagi.
cuba kira, lagi banyak yang dah settle atau lagi banyak yang tak settle?
serious, sekarang nie rasa macam tak sempat je..insya Allah, sempat. chaiyok-chaiyok.hehehe
esok,mungkin nak pergi jalan TAR dengan Nad..waa..seronok nya,mesti kitorang nak gosip-gosip juga. hehehe..nad pun nak menikah juga tak lama lagi. 2 minggu selepas kireecasio punya wedding..
tunggu entry akan datang,agak-agak apa yang kitorang dah beli kat sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan