28 Jun 2009

Kenduri Kahwin Isdayanni

Agak angin juga hari ini..memberku,mala dah tunggu di Jusco Setiawangsa. tapi, en.casio ku tidak juga sampai..akhirnya, kami gerak dari rumah dalam pukul 3.15ptg untuk gi kenduri kawan baikku semasa belajar di Universiti Utara Malaysia.

Keluar tajuk sekejap ye..sangat tidak paham kenapa lelaki mementingkan permainan futsal daripada tunangnya sendiri tanpa mereka sedar. sangat sedih la camnie...bengang la juga..haishhhh...

okie kembali kepada tajuk asal..sampai sahaja di rumah rakanku Isdayanni di Klang..sudah pukul 4lebih..sangat sedih sebab makan pun nak abis..pengantin pun dah pakai baju biasa sahaja..tak dapat nak tengok kawanku itu bersanding..Ies buat tema kaler coklat creme..coklat..??ini tema guwe nie..tapi, minah sorang nie sangat tidak minat warna coklat..
rupanya,setelah menjalankan siasatan bersama mala..mak dia yang punya hajat daa..hehehe..

mari cuci mata ye..pelamin dan pengantin nya..sebelum tue, masa cakap dengan ies nak masuk gambar dalam blog, terus member tue nak tukar baju lawa sikit..hahaha..tapi,dia tak tukar pun,kerana suami nya juga sempoi sahaja...saja lah nak tambah,hubby nya asyik cakap isterinya itu sangat cantik masa bersanding..hahahah...tak sabar nak tunggu gambar dari mereka..

inilah pelamin mereka.sangat simple and nice..suka all white..



itulah pengantin perempuan yang tak berapa nampak mukanya.

pelamin dari jarak agak jauh sikit.

kenapa nampak saya sangat gemuk...waa..
tudung hijau,mala tengah pregnant 4bulan,tengah, pengantin,baju coklat, guwe la yang agak berisi tue..whyyyyy..?

inilah pengantinnya, nak poyo dengan aku pulak tue..dah boleh pegang bahu la konon..sabar je la..

26 Jun 2009

How to make a mini paper bag

Okie..hari nie, kita akan belajar bagaiman saya menghasilkan paper bag saya yang comel...


Bahan yang diperlukan :


Sehelai kertas size A4
Gunting
Pembaris
Pensil
Gam


Cara - caranya :


1. Ukuran apa yang kita nak. yang saya terfikir 6.7 X 2.5 X 10 dalam cm ye..lepas tue gariskan ikut ukuran yang kita nak..dan gunting ikut ukuran seperti di bawah.


2. Dan dapat gunting seperti gambar di atas. boleh lah kita lipat dengan senang hatinya.

3. dah siap.jangan lupa pulak gam kan bahagian-bahagian yang sepatutnya.
mudah je kan...
doakan saya berjaya menghasilkan sebanyak 500 mini paper bag sebelum hari raya.
sekarang nie, baru siap penuh dalam 100++..
dah siap gunting semua. cuma tinggal cantumkan je dan letak riben yang comel.
En.casio tak yakin dengan tunangnya. jadi, ingin tunjukkan kehebatan diri ini membuat paper bag tanpa bantuan sesiapa.
berjayakah saya? tungguuuuu....
heheheh...

23 Jun 2009

Sambungan membuat keputusan

okie smbg entry sebelum ini..sila baca entry sebelum ini dulu...ada kena mengena sket dengan kawin la...

sebelum kita membuat keputusan nak kahwin..

1. adakah dia insan yang patut kita kahwin..?boleh kah dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami...?

bila bercinta,mungkin tak pikir benda nie semua..asalkan baikhati..tapi bila nak kahwin..ini kena pikir dulu...

2. adakah family kita setuju dengan lelaki pilihan kita...? adakah dia boleh menyesuaikan diri dengan family kita?(ini agak penting) dan kita pun boleh ke sesuaikan diri dengan family dia..?

bila bercinta, tak hirau pun family suka ke tak?yang penting kita suka..betul tak..?

3.bila semua dah okie, dah cukupkah kewangan kita?nak mendirikan rumah tangga, banyak duit nak guna. dah stabil kah kita?

ayah cukup tidak setuju dengan perkataan stabil nie. dia lebih suka,dah pandai ke manage duit sendiri?kalau nak cakap stabil, susah nak dapat dah cukup stabil.gaji makin banyak,hutang pun makin banyak.hurmmm..pikirkan..yang penting, how you manage it.

4. tak tau la ada lagi ke tak..? tapi, yang paling penting dah cukup ilmu ke kita nie..?bukan ilmu apa pun, macam-macam ilmu..kalau masak, ada orang kata,dah kahwin nanti,pandai lah memasak..apa-apa pun, semuanya akan pandai dengan sendiri nya..at least, kita mesti ada asas..nanti, boleh asah lagi..huhuhuh...


sebelum tue, tiba-tiba teringat..orang yang kita nak kahwin tue.confirm kita tahu semua baik dan buruk pasangan kita tue kan..bila kita boleh terima semua keburukan dia dan dia boleh terima semua keburukan kita..semuanya okie... :) takde masalah..


ada 2 pilihan.satu bijak tapi tak lawa.lagi satu tak bijak tapi lawa.mana 1 yang anda pilih?

Membuat keputusan

rasa nya,dah banyak juga entry yang tak berkenaan dengan kahwin kan..?takpe la..kongsi je blog nie semua kan..yang penting bukan benda ntah pe-pe yang aku taip...

terbaca balik blog my sis entry yang 22jun2009..sangat sedih baca...kalau diri ini di tempatnya..mungkin,masih belum terpikir untuk buat keputusan..

tapi,kalau jadi dia..keputusan sama la macam dia juga..tapi,mungkin lebih awal..sebaik saja dapat tau hubby kena duk jauh..dah pikir nak pindah ikut hubby terus lah..tak sanggup ku nak berjauhan..sekarang nie,lum duk 1 rumah pun,rasa nak jumpa dia tiap-tiap hari..ini kan pulak, dah kawin..lepas tue, tak dapat jumpa hari-hari...aiyoo..manyak sedih wooo...

tapi,bila kita dah buat keputusan pun..benda tue akan implement lambat..cheh wah..macam,keputusan apa je..bila dah buat keputusan,ada benda lain yang akan melewatkan benda tue..betul tak..?hurmm..macam nak kahwin juga la..kami buat keputusan nak kahwin, hujung tahun lepas..kami kahwin..lepas raya tahun nie..kan lambat tue perjalanan melaksanakan keputusan tue..hehehe...

bila kita dah buat keputusan,banyak persediaan kita kena buat..berbalik kepada keputusan akak ku tue..de kena cari rumah lain, mungkin sewa dulu,mungkin terus beli rumah baru, nak cari kan sekolah baru untuk anak buah ku itu..nasirah..lepas tue, akak ku,mesti akan cuba juga cari keje di tempat baru yang nak pindah..banyak perkara yang perlu buat...hurmm..aku yang tak pikir pun jadi pening..

apa-apa pun, wahai akak ku mimie, dun worry, we all always support mimie...benda baik,mesti lah di sokong..betul tak..?apa pun yang jadi mesti ada hikmah kan..mimie selalu cakap, kita rasa benda tue macam bebanan..tapi sebenarnya, kesenangan untuk kita..cara kita berpikir tue yang kena ubah..

okie..berbalik pada buat keputusan..bila nak buat keputusan..jangan lupa pikir apa akan jadi dengan keputusan kita..kalau baik..bagus lah..yang tak baik tue, kita mesti pikirkan jalan untuk menyelesaikan nya..betul tak...?

22 Jun 2009

AWARD

Sebenarnya,cam tak tau je award nie untuk pe..my sis bagi ..thx ye kerana telah memberi anugerah ini kepada saya.



keluar tajuk perkahwinan..dah banyak kali pun terkeluar tajuk kan... :)

18 Jun 2009

Jawapan untuk persoalan di entry ke13

Wa’alaikum Salam Warahmatullah WabarakatuhSegala puji hanya bagi Allah, Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah, keluarga dan sahabatnya yang setia sampai hari kiamat, amma ba’du;

Saudaraku–Barokalloh fiik,
Hukum Wanita Haid Masuk dan Berdiam Diri Dalam MasjidHanya ada empat larangan atas wanita haid yang telah disepakati para Ulama’ dan tidak ada khilaf diantara mereka dalam keempat larangan tersebut, yaitu:
1. Shalat.
2. Shoum (puasa).
3. Thawaf di Ka’bah.
4. Jima’ di farji (kemaluan).

Hanya empat larangan itu saja yang disepakati, adapun yang lainnya maka terjadi perbedaan pendapat, termasuk tentang hukum wanita haid masuk dan menetap di dalam masjid.Syaikh Musthafa Al-‘Adawy –Hafidhahullah membahas masalah ini panjang lebar dan memuaskan dalam kitabnya “JAMI’ AHKAAMIN NISAA’ “ Jilid 1 Dari Halaman 191 Sampai Halaman 198.

Ringkasnya,Beliau (Syaikh Musthafa Al-‘Adawy –Hafidhahullah) mengatakan bahwa tidak ada satupun dalil yang sahih (sanadnya) dan sharih (secara jelas dan terang) melarang seorang wanita yang sedang haid masuk ke dalam masjid, karena inilah beliau merajihkan pendapat yang membolehkannya.
Dalil yang Membolehkan:
1. Al-Bara’ah Al-‘Ashliyyah, maksudnya seseorang itu pada asalnya adalah terbebas dari larangan selama tidak adanya larangan tersebut.
2. Pada masa Nabi –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam terdapat seorang wanita kulit hitam yang biasa membersihkan masjid, tinggal di dalam masjid. Tidak ada keterangan bahwa Nabi –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam memerintahkan kepadanya untuk meninggalkan masjid ketika masa haidnya. (HR. Bukhari).
3. Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda kepada ibunda ‘Aisyah -Radhiallahu ‘Anha ketika beliau datang bulan (haid) sewaktu melaksanakan ibadah haji bersama beliau –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam: “Lakukanlah apa yang diperbuat oleh seorang yang berhaji kecuali jangan engkau Thawaf di Ka’bah.” (HR. Bukhari). Dalam hadits ini Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam hanya melarang wanita haid (Ibunda Aisyah –Radhiallahu ‘Anha) thawaf di Ka’bah dan tidak melarangnya untuk masuk ke masjid.
4. Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda:“Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak najis.” (HR. Bukhari dan Muslim).
5. ‘Atha’ bin Yasar -Rahimahullah berkata : “Aku melihat beberapa orang dari sahabat Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam duduk di dalam masjid dalam keadaan mereka junub apabila mereka telah berwudhu seperti wudhu shalat.” (Diriwayatkan Said bin Manshur dalam Sunan-nya dengan sanad hasan).Sebagian ulama meng-qias-kan (menganalogkan) wanita haid dengan orang junub.Juga mereka berdalil dengan keberadaan Ahli Shuffah yang bermalam di masjid dan tentunya pasti ada yang mimpi basah ketika dalam keadaan tidur. Demikian pula bermalamnya orang-orang yang i’tikaf di masjid, tidak menutup kemungkinan di antara mereka ada yang mimpi basah hingga terkena janabah dan di antara wanita yang i’tikaf ada pula yang haid.
6. Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda kepada Ibunda ‘Aisyah –Radhiallahu ‘Anha: “Ambilkan untukku Al-Khumrah (sajadah) dari dalam masjid.” Ibunda ‘Aisyah –Radhiallahu ‘Anha menjawab: “Sesungguhnya aku dalam keadaan haid.” Lalu bersabda Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam: “Sesungguhnya haidmu bukan di tanganmu.” (HR. Muslim).

Dalam hadis ini Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam membolehkan wanita haid untuk masuk ke dalam masjid.Adapun hadis yang berbunyi: “Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang junub dan tidak pula bagi wanita haid.” Maka hadits ini adalah DHA’IF (lemah) kerana ada seorang perawi yang bernama Jasrah bintu Dajaajah.

Setelah Beliau (Syaikh Musthafa Al-‘Adawy –Hafidhahullah) membawakan dalil-dalil yang melarang secara panjang lebar, Beliau mengatakan: “Pada akhirnya kami memandang tidak ada dalil yang shahih dan sharih (yang tegas dan jelas) melarang wanita haid masuk ke masjid, dan berdasarkan hal itu boleh bagi wanita haid masuk masjid dan berdiam di dalamnya.” (1/195-196)Beliau (Syaikh Musthafa Al-‘Adawy –Hafidhahullah) juga menukil ucapan Asy-Syaukani –Rahimahullah dalam kitabnya “NAILUL AUTHAR (1/230)”: “Dan yang berpendapat tentang bolehnya wanita haid masuk masjid dan bahwasanya dia tidak dilarang kecuali apabila dikhawatirkan apa yang terjadi daripadanya (maksudnya, apabila dikhawatirkan darahnya akan mengotori masjid) adalah Zaid bin Tsabit –Radhiallahu ‘Anhu, dan Al-Khaththabi menyebutkan bahwa ini juga pendapat Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam Ahmad bin Hanbal dan Ahlu Dhahir.

Adapun yang melarang adalah Sufyan, Ashhabur Ra’yi dan yang masyhur dari madzhab Malik.”Beliau (Syaikh Musthafa Al-‘Adawy –Hafidhahullah) mengatakan pada bagian akhir pembahasannya dalam masalah ini yang panjang lebar (1/198): “Setelah dilakukan penelitian, menjadi jelas bahwasanya tidak ada dalil sahih yang melarang wanita haid masuk ke dalam masjid. Oleh karena itulah, maka boleh baginya untuk masuk ke dalam masjid.
Wabillaahit Taufiiq.”

PENTING!!!
Wajib atas setiap muslim untuk bersatu, menghormati dan menghargai saudaranya sesama muslim, juga berlapang dada dalam menyikapi perbedaan pendapat seperti ini. Masalah ini adalah masalah furu’iyyah (cabang agama) dan bukan masalah ushuliyyah (pokok dan prinsip dasar agama), oleh sebab itu janganlah masalah ini dijadikan sebagai bahan perpecahan diantara kaum muslimin. Hendaklah masing-masing mengamalkan keyakinannya selama hal itu dilakukan atas dasar ilmu yang bersumber dari Al-Qur’an dan As-Sunnah karena berilmu adalah wajib sebelum berucap dan berbuat.
Semoga Bermanfaat.Wallaahul Musta’aan.

Dipetik dari sini

Alhamdulillah,akhirnya dapat jua jawapan yang bermain di benak pikiran ku ini.

17 Jun 2009

Persiapan ke13 - Tidur Malam

hhehehe..nak gelak dulu.. jangan pikir bukan-bukan ye.

cuma nak bagitau,dah berapa hari susah nak tidur malam.asyik memikirkan hal perkahwinan. apa yang tak siap lagi. nak apply cuti, nak buat apa dulu. apa yang kena settle dulu. hari langsung tue nanti,siapa yang akan in charge. siapa yang nak jadi pengapit. nanti, hari langsung,kemungkinan besar period. boleh ke masuk masjid? en.casio kata takpe, bukan nak mengotorkan masjid pun.nak mendirikan masjid, buat benda elok. insya Allah,time tue dah hujung-hujung period. supaya boleh mandi wajib terus pagi tue. apa lagi yang bermain di pikiran nie. okie tue,belum kahwin nye cerita.

lepas kahwin pulak, camne nak manage expenses?siapa yang bayar rumah, bil telefon, bil elektrik, maintainance,bil air. kereta, barang dapur, segala-gala bil yang perlu di bayar. en.casio kerja shift, adakah diri ini harus tunggu en.casio balik rumah baru boleh tidur. atau, boleh terus je tidur tanpa menunggu. masak pagi-pagi haruskah memasak sarapan, bila masa en.casio kerja di petang hari. confirm en.casio tak bangun lagi pagi-pagi. bila weekend,kalau en.casio kerja.boleh kah lagi diri ini keluar dengan kawan-kawan?

dah ada anak pulak, nak tidur bilik mana nie?perlukah cari rumah lain?atau duduk je rumah nie?selesa ke anak ku itu nanti? mana nak letak katil dalam bilik tengah nie. kalau ayah atau keluarga mertua datang, di mana mereka nak tidur? takkan nak tengok mereka tidur di luar, sedang kami sedap tidur di atas katil. expenses bila dah dapat anak pulak, lagi bertambah. camne?

apa langkah yang perlu di buat untuk menghadapi segala persoalan yang serabut di otak ku ini?
pertama - jangan pikir lepas kahwin punya cerita, yang nak kahwin punya cerita pun belum abis pikir. masalah nya, tak boleh, saya adalah orang yang sangat suka berfikir.
kedua - bincang dengan en.casio. bahagikan semua expenses. dah buat,tapi macam agak kurang sesuai memandangkan gaji kami tidak sama dan berlainan masa keluar gaji.
ketiga - tentang ada anak. sudah pikir,memang nak ada anak terus lepas kahwin.insyaAllah. rumah, mungkin akan di beli dalam 5 ke 6 tahun lagi.

macam dah dapat semua jawapan untuk semua kan?tapi, perkara nie masih lagi bermain-main di pikiran ku. mungkin masih belum lalui nya, sebab tue masih berfikir lagi. tue lah masalahnya.

15 Jun 2009

Takde kena mengena dengan persiapan

Kenapa lah page ku ini tak bole comment? tak paham betul la..ada masalah ke..?
atau ada apa2 setting yang tak betul ke..?aku rasa dah letak allow untuk comment. pening la camnie.

14 Jun 2009

Persiapan Kedua Belas - Belajar memasak

hahaha..macam pelik je entry kali ini.

percayalah, ini pun salah satu persiapan yang kita kena buat sebelum kahwin. kalau takde la persiapan ni, macam mana agaknya kita nak bahagiakan bakal suami kita. perut mereka perlu di jaga dan di isi. hehehe..

diri ku ini tak lah pandai sangat masak. yang senang-senang boleh la. hehehe..tapi, tengahari tadi, buat nasi goreng cili padi untuk en.casio. dapat pujian. sangat seronok. hehe..

sebenarnya, memang sangat tidak pandai masak dan tidak pernah masak, masa emak masih ada. betul-betul lepas mak meninggal dunia. dah nak puasa. jadi tanggungjawab untuk masak untuk ayah. walaupun tak bangun sahur masa hari first day. terjaga dah pukul 5.30pg. memang tak sempat. terus terkejar masuk dapur, nampak ayah buat 3 benda dalam satu masa. makan roti,minum air teh dan hisap rokok. bila teringat,memang kelakar. tapi masa keadaan tue, air mata nie. tak berhenti-henti keluar.

nak buka puasa, masak lah kan. ikan kembung masak kicap kononnya, tapi,tak tau la jadi apa. sebaik ayah beli lauk tambah. memang tak jadi langsung lauk tue. sedih sangat. ayah asyik cakap. first time pun dah kira okie la nie. :)

tue la kali pertama memasak.

selepas tue, memang setiap hari masak. cuti 3 bulan lepas habis belajar sebelum dapat offer kerja. memasak setiap hari. kadangkala, masak untuk en.casio masa tue masih status belum tunang. tiba-tiba teringat kami pernah pergi makan depan MBMB. seronok dan masa tue, lauk yang di masak. asyik kena komen aja. tak pernah nya sedap. sedih la kan. en.casio sangat berterus terang.

alhamdulillah,sekarang nie. boleh la nak masak yang mudah-mudah. yang paling senang nak masak untuk pertama kali. masak kicap dan masak sambal. antara yang paling senang lah. jadi, boleh mula belajar dengan masak yang tue. hehehe..:)

12 Jun 2009

Persiapan Kesebelas - Pelamin

Arini, 2 entry sekali. sebab, hari jumaat.ada kena mengena?

camnie ceritanya, keje ku sangat melambak hari nie. untuk pandang excel selama 8 jam sehari, membuatkan kepala ku pening hampir setiap hari. jadi, untuk menghilangkan perasaan tue, aku akan memikirkan tentang perkahwinan yang bakal dilangsungkan tak lama lagi.memikirkan apa lagi yang perlu dibuat.apa lagi yang masih belum di decidekan. cuti yang di rancang. dan boleh kata hampir setiap minggu akan bertukar. sebab, bila nak cuti, ada team building pulak.

sorry awak, saya kena tukar plan cuti lagi. :( oleh itu, sambil berfikir,sambil ku menaip dalam entry yang sebelum ini.

lepas itu, dah habis taip. saja lah tengok-tengok pelamin idaman dan bilik yang nak kena hias sendiri. hukhuk. sebab kami mungkin nak jumpa mak andam,bulan depan, kena lah ada idea untuk di beritahu kepada mak andam. mari cuci mata dengan gambar yang telah ku download. :)

mula pandang,sudah jatuh hati,sangat simple.memenuhi apa yang saya nak.cuma,tak berapa ceria. kena tambahkan keceriaan pada pakaian pengantin mungkin.

yang nie pula. sangat suka dengan flower. suka nya flower.

yang nie pula, seperti gabungan kedua-dua di atas. sweet sangat.

yang nie seperti pelamin nikah. tapi, boleh juga buat untuk pelamin sanding kan. juga sweet.

suka yang nie juga. suka juga.sangat cantik dan tradisional sangat..
perasaan nie,seperti tak sabar untuk ada majlis persandingan. tapi biarlah bersederhana sahaja.
semoga majlis ku nanti, berjalan dengan lancar. insya Allah. semoga Allah permudahkan segala urusan. :)

Persiapan Kesepuluh - 3 bulan lebih lagi

Bila buka je page nie. cuba tengok counting days tue. rasa cam nak gugur jantung nie jap.pastu,naik balik. Ya Allah, ada 3 bulan lebih lagi nak menikah dah aku nie. sudah bersedia ke aku nie? haishh..boleh pulak tanya soalan cmtu. ye la. risau tahap gaban la nie.
perasaan terpikir, rasa-rasa boleh settle sebelum puasa tak semua nie. kononnya,nak berehat la masa bulan puasa nanti. takde la penat sangat kan..?

tapi, mari kita tengok apa yang tak settle lagi.
1) segala mengenai urusan dan dokumen nak kawin, hanya kursus kahwin je dah settle.
2) baju nikah kami - dah hantar tempah. mungkin dalam awal bulan 8 baru gi amik.
3) cadar untuk katil 2 2 rumah - dah settle.tinggal nak sarung kat katil je.
4) langsir untuk 2 2 rumah - dah settle.dah beli.dah hantar tempah.
5) pelamin,mak andam,baju bersanding untuk 2 2 rumah - belum lagi jumpa mak andam untuk sesi memilih.
6) catering dan khemah - rasanya, masih belum settle, sebab orang tua kami yang settlekan.
7) pa system dan cak lempong - urmm kurang pasti, sebab family juga yang uruskan.
8) tempat nikah - dah confirm,masjid kat hujung taman je. jalan kaki je.
9) door gift - belah perempuan - tengah bertungkus lumus siapkan paper bag. belah lelaki, masih berfikir nak beli apa.
10) barang-barang hantaran - ada yang dah beli, ada yang masih belum beli.
11) kek - masih belum tempah lagi. nak kek yang dalam gambar entry sebelum nie.
12) kad kahwin - baru sahaja di settle kan semalam.
13) deko-deko untuk barang hantaran - masih belum beli apa-apa lagi.
14) photografer - sudah selesai. harap en.apis boleh amik gamba lawa-lawa.
15) bunga pahar- tak settle lagi
16) honeymoon - tak settle lagi
17) rebana/kompang - tak settle lagi
18) bilik tidur- tak settle lagi.

cuba kira, lagi banyak yang dah settle atau lagi banyak yang tak settle?

serious, sekarang nie rasa macam tak sempat je..insya Allah, sempat. chaiyok-chaiyok.hehehe

esok,mungkin nak pergi jalan TAR dengan Nad..waa..seronok nya,mesti kitorang nak gosip-gosip juga. hehehe..nad pun nak menikah juga tak lama lagi. 2 minggu selepas kireecasio punya wedding..

tunggu entry akan datang,agak-agak apa yang kitorang dah beli kat sana.

11 Jun 2009

Persiapan Kesembilan - Kad Kahwin

Kami berjaya melukis peta untuk kad kahwin. Peta rumah pengantin lelaki dan peta rumah pengantin perempuan digabungkan menjadi satu peta. Anda jangan ingat kami bercinta di antara jiran tetangga. Rumah agak dekat, tapi bukan jumpa di Melaka. Dari rumah Miss Kiree nak ke rumah En. Casio dalam 5 ke 10 minit je rasa nya. memang agak dekat. takde alasan lambat bila nak gi dating masa kami 2 2 ada kat Melaka. tapi, tetap datang lambat. hurmmm..camne tue? ada apa-apa penjelasan?

Okie cukup lah.kalau dalam karangan masa sekolah rendah. cikgu mesti buat camnie~~~~~~ kat bawah ayat yang kita tulis. terkeluar tajuk. hehehe..

kami dah tempah kad kawin..yae berjaya..sebab ayah asyik tanya persoalan yang sama setiap kali pulang ke Melaka. takut sangat tak sempat. jadi, pagi tadi kadkahwinku.com call, sebab banyak kali try buat transaction --> tak berjaya. sangat malu untuk mengaku, saya tidak pandai buat e-payment guna bank islam online. selalu guna cimbclicks. tapi takde wang dalam akaun itu.

sebenarnya, kami dah deposit wang kat ada tempat lain. tapi,macam agak leceh nak order. online pun tak user frenly. try kadkahwinku.com, memang sangat berbaloi lah. staff situ pun sangat menjaga customer mereka. terima kasih en.E (maaf saya lupa lah nama erwan @ezwan @ 2 2 salah ). memang sangat membantu. maaf kerana ganggu waktu makan anda. :)

semua dah settle. dah bayar. dah hantar peta hasil miss kiree dan en.casio. tunggu draft dari kadkahwinku.com je. confirm. tunggu kad sampai di rumah.

05 Jun 2009

Wedding Cake

Cake, kek...
Semua orang pasti ada kek idaman di hari perkahwinan kan? (macam karangan masa sekolah pulak)

tengah mensearching wedding theme chocolate pink. kebanyakan nye,yang keluar cake la..

nampak lazat gila.rasa lapar kek pulak.memang cantik-cantik la kek nie..rasa sayang nak makan..tapi seriously, nak sangat kek macam kat bawah nie. lazatnya.

kek nie penuh dengan flower..sweet sangat


cake nie pun sangat sweet. mana satu nak pilih nie?

chocolate and pink, my favourite colour combination.

sayang nya nak makan kek2 camni..ada sesiapa yang boleh buat kan untuk saya?

this one,the most simple one from the other. still nampak sweet..

03 Jun 2009

Persiapan Kelapan - barang-barang hantaran

Kali nie, kita cerita tentang barang-barang hantaran yang dah di beli.


Untuk barang hantaran pihak lelaki.
- Sireh junjung
- Coklat
- Buah-buahan
- Sejadah
- Kemeja dan tie
- Jam
- Kasut
- Cincin
- Kek Lapis
- Pot Pouri
- Kuih-muih



Untuk barang hantaran pihak perempuan.
- Sireh junjung
- Coklat
- Buah-buahan
- Mas kahwin
- Barang kemas
- Kasut
- Make up
- Handbag dan purse
- Pot Pouri

Maksudnya, 9 berbalas 11. kira okie la kan. kalau ikut hati, macam-macam lagi diri nie nak minta. bila dipikir balik, nanti jadi suami juga kan. minta la lepas kahwin nanti..

Apa barang yang dah settle?
barang untuk pihak lelaki
kemeja dan tie - dah beli
kasut - dah beli
jam - dah beli
cincin - dah beli

barang untuk pihak perempuan
barang kemas - dah beli
handbag dan purse- dah beli
kasut- dah beli

itu je la yang dah beli. yang lain, tak boleh beli awal. dah nak sampai masa nya, baru beli. termasuk dengan barang deko sekali.


nak dijadikan cerita, kami jalan-jalan di midvalley untuk mencari handbag dan kasut. en. casio kata,mesti dapat cari hari nie juga. tak mau tunggu2..gi jalan tempat lain pun,barang yang sama di jual. cari kasut dulu.memang sangat sedih la nie. dari times square ke midvalley.dari midvalley ke The Garden. tak jumpa juga yang berkenan. memang pening. ada yang berkenan, brand snowfly, memang lawa. minta size 4. boleh longgar pulak kan. en. casio boleh gelakkan aku plak. mentang la kaki guwe nie,agak comel. haishhh...asal jumpa yang berkenan je, takde size.

akhir sekali, kami masuk clarks. alhamdulillah, ada juga size 4 yang muat di kaki ku ini. tue pun,tinggal yang display je. hukhukhuk..


lepas itu, kami cari handbag pulak. ini pun,susah nak cari juga. yang aku berkenan,en.casio kata banyak sangat rantai-rantai. cari la yang simple but nice. cari punya cari. akhirnya, kami jumpa juga. tue pun,kedai tue dah tutup separuh kami masih di dalam kedai lagi.cam tak nak keluar.


terlupa pulak, masa kami di times square tue. jam tangan untuk en.casio telah pun di beli. brand pe lg.casio la kan...hehehee..siap nak pakai dulu,nanti nak buat hantaran.letak balik. suka suki dia je. kalau bleh camtu, aku pun nak juga.hehehe...