22 Februari 2010
Manusia
malam tue,makan dengan sangat lambat...kunyah perlahan - lahan...sambil tengok gelagat di sekitar kawasan tue....
mr.casio, asyik pandang aku tengah makan...dan masa tue lah baru dia sedar...isterinya nie, makan guna tangan kiri...kelakar betul...
"setelah 4 tahun lebih awak kenal saya, hari nie baru awak tegur?"
tapi, sikit pun tak ambil hati...kerana sibuk menikmati nasi lemak antarabangsa...
sambil perhatikan orang...
di belakang meja kitorang, ada sekumpulan pakcik-pakcik yang menikmati nasi lemak...
barangkali mereka ada kursus di Kuala Lumpur...
macam biasa, bila pakcik-pakcik camnie...topik perbualan mereka ialah...kewangan...
orang tue pakai 5 biji keta la ...gaji dia puluh ribu la....
sebelah meja kitorang plak...seorang lelaki...rasanya, seperti berbangsa indonesia...macam baru tiba di Kuala Lumpur...menikmati nasi lemak...dari sudut mukanya, seperti berkata...mahal juga nasi lemak nie...kena cari kerja nie...duit sudah tak cukup...
di hujung sebelah kiri ku...pasangan yang sudah warga emas...makan berdua...barangkali anak-anak mereka semua dah berkahwin...atau belajar jauh...malas nak masak malam-malam nie...kita makan luar je lah...nampak diam je...makan...minum...dan pulang...tidak banyak berbual...
di hujung sebelah kanan pula...pasangan juga...nampak seperti sudah lama berkahwin...tapi masih tidak mempunyai cahaya mata...isteri nampak tak selera nak makan...si suami yang habis kan...
dan belakang mr.casio pula...pasangan bercinta...nampak sangat-sangat muda...macam biasa, bila pasangan bercinta nie..mulut tue asyik nak bercerita sahaja...macam tiada hari esok dah bagi mereka...
bila kita tengok gelagat macam nie...baru kita perasan..setiap dari mereka mempunyai perjalanan hidup masing-masing...yang kita tak tahu pun...mungkin ada yang tengah banyak masalah...mungkin ada yang baru terima berita gembira...setiap dari kita akan di uji dan di beri rezeki dari Allah swt...cuma masa tue sahaja yang kita tak tahu...jadi, kita sebagai manusia biasa...hanya berdoa dan berusaha...selebihnya, kita berserah kepada Allah swt...
jadi, jangan lah kita membandingkan hidup kita dengan orang lain...hanya mereka sahaja yang tahu bagaimana mereka mengharungi hidup mereka...
Bangun pagi ----> tidur
Semalam, hari yang amat seronok walaupun kami telah memecahkan rekod jalan paling kejap sekali...hehehe...
pagi bangun, pergi breakfast...macam biasa kat bangunan Bandar Tun Razak tue...
kami terus ke Sunway Pyramid...jalan-jalan...
masuk Al-Ikhsan, konon nak cari sandal sport...
tiba-tiba, ada sorang mamat nie...rasanya supervisor kat kedai tue...
"Nadiah kan?" (gerakan bibir sahaja dari jauh)
angguk je lah...pastu, terus keluar dari kedai tue...
mr.casio memberi teguran sikit sebab tak pergi tegur mamat tue balik...sebab, aku gila tak ingat siapa lah mamat nie...rasanya, kenal masa zaman kenakalan ku...tapi, tak tahu la betul ke tak...
cukup lah sampai di situ...dan rasa bersalah gila sebab tak tegur balik mamat tue...
maafkan saya... :)
jalan-jalan di dalam Jaya Jusco dan Parkson...dalam pukul 3.30, kami dah pulang ke rumah..
dan pekena Sup Utara Kak Ani di area rumah je...balik....
mr.casio tengah bengang dengan hp nya yang tak boleh on
dah lama gila tak pakai tudung macam nie...
opss...ternampak plak baju kurung ku yang banyak tue...
inilah hasil nya, setelah bejalan- jalan di Sunway Pyramid..haisshhh...
bila dah balik rumah...rehat-rehat...baring-baring...
malam, lepas maghrib... keluar pergi makan nasi lemak antarabangsa plak kat kampung baru...
dan....
mr.casio baru sedar pada malam tue, isterinya nie..kalau makan guna sudu..guna tangan kiri...
bengis tak...?setelah kenal selama 4 tahun lebih..sabar je la...
oh ye...saya adalah manusia yang menggunakan tangan kiri dengan jayanya...hampir segala-galanya, menggunakan tangan kiri...
malam tue, nak tidur...baru perasan, tidak boleh tidur jika mr.casio takde kat sebelah...bila dia tengok tv, tidur je kat sebelah dia...dia dah habis tengok tv...kena kejut bangun tidur kat dalam bilik...
dan, ada kejadian pelik yang berlaku malam tue...
tak boleh tidur hingga pukul 3 lebih...rasa takut...takut seperti nyawa akan di ambil malam tue juga...
bila nak terlelap je...tiba -tiba, rasa tak boleh bersuara, tak boleh bergerak, tak boleh buat apa-apa langsung...takut sangat...
terus peluk mr.casio bila hilang perasaan tue...dia bangun jap..buka tingkap..mungkin panas kot..dia baring je balik...terus menangis dengan sekuat hati...dia plak yang takut sebab tiba-tiba je kita menangis...bila dia tanya...kita tak jawab...sampai dah berapa kali, baru mulut nie seperti nak bersuara...dan jawapannya ialah takut...pastu, dah reda sikit, baru cakap...
"awak, lepas nie jangan biar saya tidur sorang-sorang ye..."
dan pagi tadi, setelah ku mensearching di internet...rupanya, mengalami sleep paralysis..
tapi, serius menakutkan...walaupun dah biasa kena...tapi, tak seteruk semalam..sehingga kita terlihat benda yang pelik-pelik (paham-paham je la ye)
sebab - sebab berlaku adalah mungkin kerana tidak cukup tidur, stress atau banyak berpikir...
19 Februari 2010
Kongsi perasaan - bosan
mrs.casio : "okie..tapi,dengan 1 syarat.."
mr.casio : "syarat apa..?"
mrs.casio : "esok awak kena bawa saya jalan2"
mr.casio : "tak boleh la sayang...saya kena ot kul 12 tengahari"
mrs.casio : "awak tak kesian kat saya ke?"
mr.casio : "kesian, tapi nak buat camne?, kita jalan hari ahad la"
mrs.casio : "pagi awak main bola.."
mr.casio : "tak..saya tak pergi..kita pergi jalan"
mrs.casio : ":( , ye la"
serius, saya sangat bosan berminggu-minggu sudah...saya tidak jalan ke mana-mana...hanya duduk di rumah..menjalankan tugas seorang isteri...suami saya pula, menjalankan tugas seorang pekerja.. :(
12 Februari 2010
Tag From Sis
Berada di ofis...sambil menunggu excel ku yang lembab..asyik processing je...apa lagi, jenguk la ke blog orang lain... :)
1)Where is your cell phone?
panjang pernah..pendek pun pernah..yang penting comel..
5 orang..2 belah saya,3 lagi belah suami
semua impian tercapai
tengahari - plain water/ apple juice
malam - apa-apa je
clarks, vincci dan sandal yang sudah lupa nama nya.
berita yang tak best
berwana kelabu
auto
sudah lama tak basuh
pagi tadi dalam keta sambil dengar hotfm
07 Februari 2010
Soalan biasa
Saya sangat rindu menulis didalam ini...tapi,tiada idea..sangat tiada idea...dan, hari-hari saya..agak busy, agak penat..letih...macam-macam la..
sekarang ini pula...ada satu tebiat...suka sangat pergi kenduri kahwin...ntah nape..lepas je kahwin...dan sebelum kahwin (selepas dah decide nak kahwin)...macam seronok je pergi tengok orang kahwin...
jadi, nak cerita lah...ada orang kahwin..iaitu sedara belah mr.casio..dekat je dengan area rumah...mak mertua duduk di rumah...kerana akan pergi bersama-sama...
macam biasa lah...menantu baru kan...berkenalan dengan sedara belah arwah ayah mr.casio...
dan soalan yang biasa di tanya...
" camne, dah ada isi ke..?"
"sudah ada apa-apa ke...?"
jawapan kami...
"belum rezeki"
"tengah mencuba la nie"
"camne nak mengandung, boleh tolong ajar tak?"
tindak balas mereka...
hanya tersenyum..
"korang tak reti buat nie"
"meh belajar ngan orang berpengalaman"
mula - mula, macam sedih juga bila ramai sangat bertanya...tapi, bila dah banyak sangat di tanya soalan begitu...dah tak jadi sedih...kami ketawa dan melawak dengan mereka...biasanya, kami jawab..."boleh tolong ajar?tak pandai la..."
02 Februari 2010
PARTIME JOB
Dear all,
my sis, (delicious-cuppies) akan berniaga di Kelana Jaya Mall seperti yang tertera di bawah.
Dia sangat memerlukan seorang pembantu.
Syarat- syaratnya :-
- perempuan/wanita/gadis
- cekap dalam berniaga
- boleh bekerja pada hari sabtu dan ahad (hanya dalam bulan Februari) - jangan risau, Raya Cina dapat cuti
Waktu bekerja ialah 9.30am - 6.30pm
Setiap jam anda, akan di bayar sebanyak RM5.
Jadinya, anda akan dapat RM40 sehari.
Total yang anda dapat bulan tue ialah RM40 X 6hari = RM240
Sila call no. 013-6876877 (kak mimie) jika anda berminat. sebulan je partime nie..
untuk brides to be, boleh buat duit belanja lebih nie...apa salahnya, kerja lebih sikit untuk dapat duit lebih kan...boleh beli barang kahwin nanti...lagipun, waktu siang sahaja..malam, still lagi boleh berdating...hehehe...