Lama dah tak update blog nie rasa nye.adakah saya sibuk membuat persiapan perkahwinan yang tinggal 5 bulan lagi?hurmm..ataupun,takde idea nak tulis pasal apa.
jawapan nya, ialah..kedua-duanya sekali.
nak dijadikan cerita, last week balik kampung,kononnya nak cari langsir la untuk blik pengantin dan pintu setiap bilik. ayah mencadangkan untuk pergi ke top master. aku dan juga akak aku yang tengah sarat mengandung temankanlah ke top master. tp,hasilnya, kecewa la. 2 kedai kami pergi. 2 kedai juga tutup. akhirnya, jumpa juga la satu kedai top master yang sangat kecil tapi mengerunkan. cam esklusif pulak la kan. okie la..masuk je la. buat-buat cam orang banyak duit. kain-kain kedai tue,memang puas hati.sangat lawa.tapi,bila di tanya sahaja harga nya, untuk tingkap bilik je ye. RM550. ya Allah,tak mampu eden nak beli langsir harga tue.kami pun keluar dengan perasaan sedikit kecewa. hari pun sudah petang. esok,ada aktiviti lain.
hari sabtu pulak, memang dah planning untuk ke tampin bersama bakal keluarga mertua ku. :)
jalan-jalan untuk cari langsir dan baju-baju mereka. di sebabkan en.casio ku itu,bekerja shift. dia wakilkan aku la temankan family dia. kitorang pun pegi la tampin. aku siap pesan, hari nie je jalan sampai jumpa yang berkenan.takut tak sempat lagi nak gi cari langsir. ye lah, majlis kami lepas raya, possibility untuk tukang jahit tak nak amik tempahan lagi. amat tinggi. :)
cari punya cari, jumpa juga la yang mereka berkenan. kami jumpa langsir dulu, RM7.50 semeter. kira murah la tue. sebab kena amik 28 meter. jadi, harga nya, dalam RM225 untuk langsir. warna biru. cantik. lepas tue, kami cari kain ela pulak untuk makcik-makcik terdekat dan family en.casio la. untuk yang makcik-makcik,kami cari kain yang lembut,tak panas sebab mereka yang akan jadi orang kuat kenduri tue nanti. tapi,murah. kami berjaya cari kain 3 helai RM50. kain nya cantik dan lembut. untuk familiy pulak.nama pun family kan,mesti la vogue dan mahal sedikit dari yang lain. :) mereka yang pilih, aku tolong bayarkan sahaja bagi pihak. :) tapi, memang lawa yang mereka pilih tue. boleh kata kain yang latest jual kat kedai tue. umur kain tue,baru 2 3 minggu kat kedai tue. :)
selesai.makan kfc.pulang ke rumah.
hari ahad, amik en.casio di melaka central. dan terus ke bandar melaka,jalan hang tuah. kedai SSF baru buka. waaa,seronok nya rasa. :) ye lah,dapat juga riben-riben dan barang-barang deko yang latest kat SSF tue. tapi, yang paling aku seronok sekali. akak kat situ sangat lah peramah nya. staff kat situ, bukan jalan di belakang kita. tapi di sebelah sambil memberi idea dengan sepantas kilat. aku memang tabik spring la kat akak tue. kejap je idea datang kat kepala dia. sekarang ni,diorang tengah promo untuk jadi ahli. untuk orang-orang yang memang amik tempahan gubahan hantaran. memang tak rugi la jadi ahli.
aku memang tekad nak membeli barang untuk deko di sana. sebab dah ada yang ku berkenan. :) lawanyaaaaa...tak sabar nak tengok hasil nya nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan