Minggu kedua dalam bulan Mei
Ada yang malam tue,dah call mak masing-masing.Ada yang pagi-pagi dah call mak masing-masing.Ada juga yang tak amik peduli langsung.Ada juga yang tak dapat nak ucapkan.Korang sendiri tau la yang mana kategori korang semua.
Ibu-ibu bila dapat panggilan dari anak..."Mak, SELAMAT HARI IBU"..mereka mesti seronok kan.mereka mesti bahagia.
tapi,walau ada yang tak ucapkan pada mereka.mereka tetap sayangkan kita.mereka tetap layan kita macam anak.mereka tak de merajuk.mereka tetap masak sedap-sedap untuk kita.mereka seperti biasa.
aku bersyukur sebab, walaupun aku tak dapat nak ucapkan SELAMAT HARI IBU lagi. masa hayatnya, aku tak pernah tinggal ucapkan SELAMAT HARI IBU sebaik aku tau ada nya HARI IBU kat dunia ni.kadang-kadang kalau ada duit lebih,belikan hadiah.kalau takde,ucapan atau kad sahaja. dia tetap gembira,senyum,dan ucapan terima kasih.
masa kini,aku ucapkan SELAMAT HARI IBU pada semua ibu-ibu di dunia ni. tanpa mereka kandungkan kita selama 9 bulan 10 hari (ada yang awal,ada yang lambat), kita tak kenal dunia.kita tak kenal erti kasih sayang.kita tak kenal makanan yang sedap-sedap. kita tak kenal diri kita sendiri.
pada bakal mak mertua ku,akak2 ku yang mempunyai seorang anak dan yang sedang kandungkan anak,pada keluarga belah en.casio yang sudah menjadi ibu.
SELAMAT HARI IBU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan