25 Mei 2009

Persiapan Ketujuh - Baju Nikah

Tiba-tiba rasa nak update untuk baju nikah. Entry lepas dah tunjuk baju yang bakal dihasilkan.

Cerita nya bermula bila beli buku majalah pengantin. banyak pulak fesyen untuk kain beaded chiffon. rasa cam , uik..cam lawa pulak kalau buat camni kan.





Dengan pantas, call Amy Soo - tukang jahit di Melaka. Alhamdulillah, dia masih tidak potong kain lagi. Dia pun cakap okie je, selagi dia rasa senang nak jahit. okie la tue. :) sungguh seronok. mana satu yang sesuai.? suka dua-dua. takde masalah, boleh tanya pada tukang jahit nanti. mana yang di suggest. en. casio ku itu, dua - dua pun dia cakap comel. :)

Jadi, ujung minggu nie. balik kampung, selain hadir ke majlis perkahwinan rakan sekolah ku yang tengah mengandung 3 ke 4 bulan sekarang nie. haa..jangan pikir bukan-bukan. rakan ku ini, sudah nikah dulu last year. majlis nya lambat sebab nak buat sekali dengan akak nya. memang tak dapat bayangkan dengan membawa perut. tapi takpe, mungkin lagi naik seri nya. :)
okie, yang tadi tue sebab pertama balik kampung. jadi, ada masa atau memang kena juga cari masa, jumpa Amy Soo. berbincang. jika tidak boleh, proceed dengan yang lama juga. takpe. masih cun juga. wakakaka...perasan.

Selain tue, kena juga cari langsir. masih tidak beli dan tempah lagi. bahayaaa.


itu sahaja.mahu sambung buat paper bag walaupun mata sudah sangat-sangat berat.












24 Mei 2009

Persiapan Keenam - Update Doorgift

Apa cerita tentang doorgift yang tak siap-siap lagi tue..
meh kita update di sini. weekend adalah hari yang paling busy dari hari weekdays. 2 hari nie la,nak kena buat doorgift tue perlahan-lahan. sangat penat. sebab kena sangat teliti. supaya kemas. mari lihat apa yang dah jadi.
Sebenarnya, tak tahu nak letak kat mana. Jadi, tv cabinet la jadi mangsa. lagipun kosong je dalam tue. takde letak apa-apa pun.
Rumah yang sedang diduduki nie, akan jadi rumah kami. banyak juga barang yang dah beli. opss..sorry, terkeluar tajuk. okie, kembali kita pada tajuk asal.



agak-agak camne la nak buat mini paper bag nie kan? sebenarnya, niat tue main-main je. beli la 4 keping kertas keras. nak try and error dulu. okie ke tak? bila dah siap. macam seronok pulak.
terus decide nak buat sendiri. sesiapa yang ada effort untuk buat sendiri. memang amat disokong. sebab anda berkerja keras untuk perkahwinan sendiri kan. baru seronok nak cerita. cuba, semua weeding planner yang buat. apa nak kongsi dengan yang lain. betul tak?

apa yang anda perlu,

kertas semesti nya, dan bahan2 di bawah
sebenarnya, kalau dikira-kira cost untuk semua sekali termasuk kertas-kertas. untuk 500 mini paper bag, tak sampai RM300 pun. murah kan..?cuba la kita beli paper bag biasa tue, paling murah pun yang plain. kita amik la. RM0.35 X 500 = Rm175 . memang murah kan? takkan nak biar kosong je. mesti la nak letak riben sikit, bunga ke..bila dah cantik-cantik. harga pun jadi lain kan.
kata RM0.90 X 500 = RM 450...tue bawah RM1.00. kalau lebih lagi.dah berapa kan? kira la sendiri. pasti, semua komputer ada calculator.

ukuran mini paper beg nie 10 X 6.7 X 2.5 dalam cm. memang comel je. muat-muat untuk isi barang yang ingin di beri pada orang ramai. barang nya, rahsia. mungkin anda akan gelakkan. belum ada orang bagi lagi. untuk kegunaan ramai orang. memang ramai yang guna benda alah nie. tak guna selalu. tapi, sangat penting. pikir-pikirkan.hehhehe..seronok pulak berteka-teki.
okie. kalau anda nak cuba buat. masuk je google. type "how to make a paper bag". search. confirm banyak la yang kuar. macam-macam style. dari yang senang hinggalah yang susah.
bila dah jumpa, cuba lah atas A4 dulu. tengok hasilnya, ukuran mana yang paling sesuai.
okie. untuk ukuran seperti di atas, dalam A4, boleh dapat 2 mini paper bag. tengok tue. jimat nye la kan. :)
bila dah terror, baru buat atas kertas keras, warna pilihan anda. ikut suka nak wat colour camne pun. seronok kan? cuba kita order.kadangkala, warna yang ada limited. ataupun, jenis warna yang kita nak. takde. terpaksa amik yang terdekat. betul?
dah siap sikit. camnie la. seronok tengok kan?

tak rugi untuk cuba. if tak nak buat banyak. mungkin untuk VIP, kita boleh buat sendiri. sebab tak banyak yang kena buat. dan kita bole deco sesuka hati. :)
selamat mencuba. anda pasti puas hati.

18 Mei 2009

Persiapan - Kelima

Hujung Minggu lepas sangat seronok.
Sabtu, balik Melaka. Hantar tempah baju nikah. Jalan-jalan, tengok barang-barang hantaran.Tapi, tiada yang berkenan.
InsyaAllah, kalau menjadi baju nikah tue, rupa nya mungkin sedikit seperti ini. tapi, warna nya bukan hijau ye. warna white silver untuk hari nikah kami.



Lawa tak? macam sangat simple kan. tapi, sebab hantar kat tailor biasa je. jadi, fashion yang dia boleh buat sangat terhad dan bersesuaian dengan jenis kain. masalahnya sekarang nie, saya sangat la rendah. ada la tinggi 153cm dan bertubuh agak kecil. mungkin tak dapat anda bayangkan.







mungkinkah kasut nikah ini, boleh menutup kerendahan ku? harap boleh ye. doakan diriku ini.



kenapa agaknya, tak beli kasut yang bertutup dan agak sopan kan? kaki ku ini hanya lah bersize 4,kadangkala size 3. jadi, pemilihan kasut. sangat lah terhad. jadi,mana yang rasa nampak cantik, grab je. en.casio pun kata,nampak comel. sebab, ada rama-rama kat situ. kalau perasan lah. sesuai dengan apa sahaja warna baju bukan..??

14 Mei 2009

Perasaan

Pernah ada perasaan dengki?

Dengki tengok kebahagiaan orang lain.
Dengki tengok kesenangan orang lain.
Dengki tengok kekayaan orang lain.
Dengki tengok kecantikan orang lain.
Dengki tengok keceriaan orang lain.
Dengki tengok kegembiraan orang lain.

Kenapa ada perasaan dengki?

Apa maksud dengki sebenarnya?

"Kenapa kau tanya camtu,kau dengki kat aku kan?"
"Kenapa kau sibuk nak tahu,kau dengki kan?"
"Kenapa kau buat camni kat aku, kau dengki kan?"

Bila dengki,apa kau buat?

Menyakitkan hati orang tue?
Menjatuhkan orang tue?
Memalukan orang tue?

Apa agak-agaknya yang patut kita buat bila kita dengki dengan orang lain?

13 Mei 2009

H A R I I BU

Minggu kedua dalam bulan Mei

Ada yang malam tue,dah call mak masing-masing.Ada yang pagi-pagi dah call mak masing-masing.Ada juga yang tak amik peduli langsung.Ada juga yang tak dapat nak ucapkan.Korang sendiri tau la yang mana kategori korang semua.

Ibu-ibu bila dapat panggilan dari anak..."Mak, SELAMAT HARI IBU"..mereka mesti seronok kan.mereka mesti bahagia.

tapi,walau ada yang tak ucapkan pada mereka.mereka tetap sayangkan kita.mereka tetap layan kita macam anak.mereka tak de merajuk.mereka tetap masak sedap-sedap untuk kita.mereka seperti biasa.

aku bersyukur sebab, walaupun aku tak dapat nak ucapkan SELAMAT HARI IBU lagi. masa hayatnya, aku tak pernah tinggal ucapkan SELAMAT HARI IBU sebaik aku tau ada nya HARI IBU kat dunia ni.kadang-kadang kalau ada duit lebih,belikan hadiah.kalau takde,ucapan atau kad sahaja. dia tetap gembira,senyum,dan ucapan terima kasih.

masa kini,aku ucapkan SELAMAT HARI IBU pada semua ibu-ibu di dunia ni. tanpa mereka kandungkan kita selama 9 bulan 10 hari (ada yang awal,ada yang lambat), kita tak kenal dunia.kita tak kenal erti kasih sayang.kita tak kenal makanan yang sedap-sedap. kita tak kenal diri kita sendiri.

pada bakal mak mertua ku,akak2 ku yang mempunyai seorang anak dan yang sedang kandungkan anak,pada keluarga belah en.casio yang sudah menjadi ibu.

SELAMAT HARI IBU.

07 Mei 2009

Mimpi

Kelmarin aku mimpi ular..biasany,orang kata mimpi ular nie,ada orang nak masuk meminang. hurmm..pelik pulak...nak tau camne mimpi nya..?

"kat dapur tengah basuh pinngan,tiba-tiba ada sekor ular tedung muncul kat tingkap belakang.mujur tingkap tue, tengah tutup.tapi, sangkaan aku bahwa ular tue tak masuk rumah,meleset sama sekali. apa lagi..lari lintang pukang la aku. terus ke depan. maaaaaakkkkk, ada ular masuk umah nie..mak aku,releks je. dia kata,releks la.senang je nak tangkap nie.cam pelik la pulak kan.memang btul,mak aku tangkap dengan senang nya. dia tangkap ular tue,dan campak ke belakang rumah. aku pun cakap. nanti ular tue boleh datang balik.tapi,dalam masa aku tengah tengok tue, ada sekor anak ular yang sangat kecil telah gigit aku. apa lagi,aku amik pisau dan potong-potong ular tue jadi hancur.

camtue lah lebih kurang cite nya..agak2 apa la maksud mimpi tue..atau sekadar mainan tidur..tak pasti.

kak mimie : mungkin ada kuasa jahat nak masuk rumah.tapi,berjaya dihalang oleh emak.

abg shahrul : kesian kat mantol..nanti jadi ahli mesyuarat tingkap la gamaknya. nur kan garang.

aku pun tak paham ada kena mengena ke dengan mimpi aku nie..huhuhu..

mantol = en.casio

nur yang garang = cik kiree

05 Mei 2009

SSF baru buka di Melaka

Lama dah tak update blog nie rasa nye.adakah saya sibuk membuat persiapan perkahwinan yang tinggal 5 bulan lagi?hurmm..ataupun,takde idea nak tulis pasal apa.

jawapan nya, ialah..kedua-duanya sekali.

nak dijadikan cerita, last week balik kampung,kononnya nak cari langsir la untuk blik pengantin dan pintu setiap bilik. ayah mencadangkan untuk pergi ke top master. aku dan juga akak aku yang tengah sarat mengandung temankanlah ke top master. tp,hasilnya, kecewa la. 2 kedai kami pergi. 2 kedai juga tutup. akhirnya, jumpa juga la satu kedai top master yang sangat kecil tapi mengerunkan. cam esklusif pulak la kan. okie la..masuk je la. buat-buat cam orang banyak duit. kain-kain kedai tue,memang puas hati.sangat lawa.tapi,bila di tanya sahaja harga nya, untuk tingkap bilik je ye. RM550. ya Allah,tak mampu eden nak beli langsir harga tue.kami pun keluar dengan perasaan sedikit kecewa. hari pun sudah petang. esok,ada aktiviti lain.

hari sabtu pulak, memang dah planning untuk ke tampin bersama bakal keluarga mertua ku. :)
jalan-jalan untuk cari langsir dan baju-baju mereka. di sebabkan en.casio ku itu,bekerja shift. dia wakilkan aku la temankan family dia. kitorang pun pegi la tampin. aku siap pesan, hari nie je jalan sampai jumpa yang berkenan.takut tak sempat lagi nak gi cari langsir. ye lah, majlis kami lepas raya, possibility untuk tukang jahit tak nak amik tempahan lagi. amat tinggi. :)

cari punya cari, jumpa juga la yang mereka berkenan. kami jumpa langsir dulu, RM7.50 semeter. kira murah la tue. sebab kena amik 28 meter. jadi, harga nya, dalam RM225 untuk langsir. warna biru. cantik. lepas tue, kami cari kain ela pulak untuk makcik-makcik terdekat dan family en.casio la. untuk yang makcik-makcik,kami cari kain yang lembut,tak panas sebab mereka yang akan jadi orang kuat kenduri tue nanti. tapi,murah. kami berjaya cari kain 3 helai RM50. kain nya cantik dan lembut. untuk familiy pulak.nama pun family kan,mesti la vogue dan mahal sedikit dari yang lain. :) mereka yang pilih, aku tolong bayarkan sahaja bagi pihak. :) tapi, memang lawa yang mereka pilih tue. boleh kata kain yang latest jual kat kedai tue. umur kain tue,baru 2 3 minggu kat kedai tue. :)

selesai.makan kfc.pulang ke rumah.

hari ahad, amik en.casio di melaka central. dan terus ke bandar melaka,jalan hang tuah. kedai SSF baru buka. waaa,seronok nya rasa. :) ye lah,dapat juga riben-riben dan barang-barang deko yang latest kat SSF tue. tapi, yang paling aku seronok sekali. akak kat situ sangat lah peramah nya. staff kat situ, bukan jalan di belakang kita. tapi di sebelah sambil memberi idea dengan sepantas kilat. aku memang tabik spring la kat akak tue. kejap je idea datang kat kepala dia. sekarang ni,diorang tengah promo untuk jadi ahli. untuk orang-orang yang memang amik tempahan gubahan hantaran. memang tak rugi la jadi ahli.
aku memang tekad nak membeli barang untuk deko di sana. sebab dah ada yang ku berkenan. :) lawanyaaaaa...tak sabar nak tengok hasil nya nanti.