kalau betul2 nye bajet ku type di sini.mungkin orang ketawa kan aku.
minah nie,tak pandai buat bajet ke.walaupun, memegang degree in finance.wakakaka(poyo nyeee)
entry kali nie..bukan la bebetul menceritakan tentang bajet kitorang.
cuma...sekadar berkongsi.mula2 skali.apa yang perlu di buat.
bila nak kawin...di mana...tema yg camne...perjalanan hari perkahwinan
- 10 oktober 2009,di masjid bukit beruang,tema,simple but nice(ada ke tema nie),tema kaler,pink coklat dan en.casio mungkin turqoise and silver white
-kena wat tentatif.senang sikit nak bagitau dengan orang2 berkenaan.bila nak minta quotation kat mak andam,photografer.kena la cite sket.perjalanan hari perkahwinan yang dirancang.
sebabkan,tema kami.simple but nice.kami nikah pagi terus sanding.esok nye, terus bertandang...
berapa duit hantaran..berapa banyak hantaran..barang2nya ialah...
-RMXXXXX,9 balas 11,benda yeng biasa orang bagi,before nie cakap nak bagi motor(tak jadi la)kitorang beli awal je.sebab en.casio nak pakai motor tue terus...sakit hati je simpan lama2.heheh.
Kursus Kahwin
- sudah buat,18 dan 19 april.RM80 seorang.kami buat di dwitasik.pusat bimbingan dwitasik.
Mak Andam dan Photografer
- mak andam.kami guna khidmat yang sama.Sayang Creation.tapi, make up.guna khidmat sepupu my best fren,kak ina.dia make up.memang puas hati.
-photografer.kami guna GambaLawa.dia cover nikah + sanding + tandang + outdoor.
nak tau harga.boleh tengok kat laman web dia.www.gambalawa.com.
Kad Kahwin
-kami sudah deposit kad kahwin.ada pameran raja sehari dekat ampang point beberapa minggu yang lepas.jadi, kami pun deposit sebab RM50 sahaja.tapi,kami dapat kad tue dengan harga RM0.70 sekeping.
Doorgift
-doorgift...seperti yang anda semua maklum.barang nya,adalah rahsia.barang berkenaan diletak di dalam paper bag yang di buat sendiri.seperti dalam entry sebelum ini.memang puas hati dengan hasil paper bag tersebut. :)
-en.casio,bagi bunga telur.dan gula-gula untuk kanak2.menggunakan kotak telur.keluarga dia, memang mementingkan cara lama.
Bunga pahar
- masih dipiikirkan lagi..perasaan ingin buat sendiri membuak2.tapi,masih lagi dipikirkan.
-en. casio juga masih memikirkan nya lagi.
Bilik Tidur
- Langsir dan cadar,sangat penting.bukan sahaja di bilik tidur.tapi juga di luar.bilik pengantin, buat sendiri sahaja.tidak menggunakan khidmat mak andam untuk decorate.
-en.casio, rumah lelaki.biasanya,bilik tidur tidak terlalu dititikberatkan.tapi,pada aku penting juga..ialah,lepas je bertandang,kami akan duduk di situ berkenalan dengan saudara mara.jadi,lama akan tidur di sana.mestilah nak cadar yang best. :) katil dan tilam mungkin akan di beli baru. atas permintaan ibu tersayang. langsir, memang banyak la tingkap nya.rumah kawasan kampung, tingkap memang banyak. :)
Hiburan
- insya Allah, akan menggunakan perkhidmatan cak lempong..aku memang tidak suka dengan PA system dan tuannya yang asyik memainkan lagu2 yang sedih.macam kenduri apa pulak.kalau terpaksa menggunakan PA system, kami akan sediakan lagu yang boleh dimainkan.
-en.casio menggunakan PA system hasil dari pakcik nya yang dibuat sendiri.ada karaoke.cam biasa,dah dua kali aku pergi kenduri kahwin di sana,memang dah jadi adat di sana untuk ada karaoke. :)
Khemah dan Katering
- yang nie, aku memang tak pandai sangat la.biasanya,ayah yang settle kan perkara nie.
-en.casio, yang nie pun aku tak tau.tapi,yang pastinya,orang kampung dia yang masak.kalau di area rumah anda boleh buat gotong-royong masak sama2.baik lah masak sendiri,memang sangat jimat. :)
rasanya, ini sahaja yang aku ingat lah.kadang2, akak aku akan ingatkan apa2 lagi yang tak cukup ke,dia memang sangat rajin bertanya tentang persediaan perkahwinan ku.. :) terima kasih. ada juga benda lain yang kena ingat. daftar kahwin, buat ujian HIV, sediakan surat masih bujang, surat bernikah di tempat lain. kalau ada yang aku lupa lagi, tolong lah ingatkan ye. terima kasih.
pesanan ringkas :- bila nak beli barang hantaran, beli lah sebulan sekali. supaya tak terasa duit tue keluar terus. :)