10 Jun 2011

Teringat...Rindu...Sedih...

As'salam...

"nak yang mana..?,yang macam orang tue pakai ke..?"

"arini masak sambal goreng ikan parang.." "fevret nur"

"jom, pergi jj...makan cendol"

"tolong keluarkan duit kat ATM"

" nur, jangan ntah apa-apa kat luar"

"dah sampai, telefon ye.."

"sukatilah, dah kata tak boleh...nak juga keluar...bila kata sukati..tanya betul ke tak..pikirlah sendiri..."

mak, nur rindu sangat kat mak...nur terasa nak berbual dengan mak..bergosip dengan mak sal makcik yang suka jadi batu api tue...

walau macam mana pun nur berbual dengan orang lain..nak meluahkan rasa hati...tetap tak sama macam berbual dengan mak...

walaupun nasihat mak, kadang-kadang macam tak patut di buat...tapi, itulah nasihat yang paling nur nak dengar...

"mak, cikgu tue dia suka macam dengki dengan nur mak..."
"dah,tak payah tegur lagi cikgu tue..."

"mak, ada kawan nur tue...dia tak suka kawan ngan nur mak.."
"dah, jauhkan diri dari orang tue..."

"budak tue yang suka tulis nama nur atas meja.."
"tak mau la kawan ngan budak tue..budak tue tak hensem la..."

nur rindu nak jalan tengok langsir dengan mak...tengok barang-barang dapur dengan mak...
rindu nak makan cendol kat jj sambil tengok orang...kedai tue dah takde pun...
rindu jalan-jalan dengan mak...sambil peluk-peluk..sambil pegang tangan...
rindu bergelak tawa masa pilih pakaian dalam...mesti mak buat kelakar dengan pakaian dalam yang pelik-pelik...

mak, anak mak nie..rindu sangat dengan mak...